Pokok ketam guri yang tumbuh liar di kawasan terbuka. Perhatikan pokoknya yang seakan dicantas. Pokok ini menjadi kegemaran lembu yang meragut daun, ranting dan bunganya.
Pokok ini disemai oleh penulis kerana ingin mengubahnya menjadi pokok bonsai.
Inilah bunga ketam guri yang sering dijadikan motif seni ukiran dan batik. Bunga ketam guri seakan bunga raya kerana mereka adalah dalam famili yang sama
Nama Botani : Sida rhombifolia sp.
Famili : MalvaceaePokok ketam guri merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh secara meliar di kawasan padang, tempat yang terbuka dan kawasan terbiar. Pokok ini juga dikenali dengan nama getang guri, segar guri dan jerun jantan. Bagi peminat atau orang yang terlibat dalam bidang seni ukiran dan batik, bunga ketam guri sememangnya cukup sinonim kerana ia adalah antara motif utama ukiran dan lukisan batik. Namun begitu, tidak ramai orang (termasuk mereka yang melibatkan diri dalam seni) yang mengenali pokok dan bunga ini.
Pokok ketam guri dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah diabetis. Ia juga mempunyai sifat anti bakteria dan anti fungus.
Adry....bunga ketam guri.....kalau dibuat segmen teka teki....empat hari pun tak ada pemenang ....hee..hee...
ReplyDeleteHehe...mgkn juga sbb jrg org kenal pkk ketam guri ni tp ada jg yg biasa tgk bunga ni.
ReplyDeletebagus blog kamu ni...boleh kenal dan tahu ttg alam tumbuhan,unggas dan serangga.sgt senang hati bila datang sini...rasa damai sgt.teruskan buat entry2 mcm ni...like!
ReplyDeleteassallamualaikum,
ReplyDeleteBegini rupanya pokok getam guri, saya biasa melihat coraknya apabila seorang kawan pernah menjadikannya buna pokok ini sebagai sumber idea untuk kajian batiknya..cantik
:KELI OH KELI
ReplyDeleteTrma ksih sbb suka isi blog ni. Sy akn trskn beri info yg bermanfaat utk pmbaca blog ni.
:nadz
ReplyDeleteWa'alaikumusallam,
Pkk ketam guri ni jrg org kenal dn tgk. Pkk ni ada dua jenis. Yg dlm n3 ni, pkk ketam guri atau jerun jantan dan jerun betina(akan dipost sbg n3 slps ni). Bnga ketam guri sejak sekian lama menjadi motif dlm seni tp bnganya org tak kenal.
good info..teruskan dengan usaha ini..
ReplyDeleteLatest Entry: Apakah penyebab kita penat sentiasa??