Monday, January 17, 2011

Dragon's Scale Fern

Pokok paku dragon's scale atau duit-duit yang menumpang pokok besar lain.

Pokok paku  dragon`s scale atau pokok duit-duit ini merupakan tumbuhan daripada famili paku pakis. Nama botaninya, Pyrrosia piloselloides. Ia adalah paku pakis jenis epifit iaitu hidup menumpang pada pokok lain dan boleh membuat makanan sendiri. Ia biasa ditemui hidup menumpang dihampir semua jenis pokok di India, New Guinea, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Pokok ini tumbuh secara menjalar dan melekap pada batang atau dahan pokok. Daunnya tebal dan mempunyai kandungan air yang banyak di bahagian dalamnya. Ia mebiak melalui spora yang terdapat pada daunnya.

8 comments:

Kak Rosaliza said...

Salam..ooo pkk pitih ni...buat main jual2 dulu hehehe..glamernya nama pkk ni

Temuk said...

Assalamu'alaikum ADRY

Terima kasih di atas komen ke atas entri saya mengenai tumbuhan yg sama.

Oh, baru tahu hebatnya nama orang putih si duit-duit ni! Tapi, sisik naga lawan duit-duit, mana nama yg lebih sesuai? Barangkali mana-mana pun tak mengapa sebab biasanya nama diberi berdasarkan konteks budaya masing-masing, kan? Ceria selalu!

zul permatang badak said...

...yang jenis bulat nilaian sen-sen,tapi yang dalam entri ni nilaian singgit-singit...sebab panjang.Nostalgia main jual-beli kedai runcit main pondok2....ya...itu kenangan sukar dilupakan.

muazlumut said...

teringat masa main pondok-pondok dulu..

Adry@Daun said...

:kak rosaliza
Salam kak rosa,
Pkk duit-duit atau pkk pitih dlm loghat Kelate. Bnda penting masa main msk2 ni..he3..

Adry@Daun said...

:Twmuk
Wa'alaikumsalam cikgu,
Sy mmg suka baca nukilan cikgu krn ia bkn nukilan biasa tp mengandungi isi dn sesuatu yg tsirat disebaliknya. Org2 kita lbh mengenali namanya sbg pkk duit-duit atau pitih drp nama yg didaftarkn tu. Kalau ikut ejaan betulnya, pokok sisek naga. Di negara kita pn terdapat perbezaan nama pokok walaupun pokok yg sama.

Adry@Daun said...

:zul permatang badak
Hehe..yg bulat2 kecik tu duit syiling dn yg daun panjang2 mcm dlm foto, wang kertas. Masa kanak2 dulu, habis botak pokok ni sbb daunnya dikutip utk buat matawang masa main pondok2.

Adry@Daun said...

:muazlumut
Daun pkk duit-duit ni mmg satu nostalgia pada mereka yg tahu dn biasa main msk2/pondok2..hehe..