VIP Dedaun Alam

Wednesday, January 5, 2011

Bunga Part XIV

Dedaun Alam kali ini memperkenalkan bunga daripada pokok hiasan yang biasa kita lihat dan pokok yang diketahui namanya tetapi belum pernah kita melihat bunganya. Jom kenali bunga-bunga yang terdapat di Malaysia.

Bunga kecil lima kelopak berwarna putih bersih ini adalah bunga jeliti. Ia keluar secara berjambak dan baunya sangat harum.

Bunga ini sangat jarang dilihat kerana pokoknya juga tidak ramai yang mengenalinya apatah lagi untuk melihat bunganya secara dekat. Pokok yang berbunga cantik ini ialah pokok maman sayur.

Bunga kopi atau ada sesetengah tempat memanggilnya kahwa.

Sekali pandang ia kelihatan seperti bunga lengkuas. Sebenarnya ia adalah bunga lidah jin. Bunga ini mempunyai bau yang wangi.

4 comments:

  1. banyak pokok bunga dedaun yang berbunga atau pun pokok sayuran juga mengeluarkan bunga ,terkadang kita tidak ambil pusing,contonya bunga kacang bendi...jika diteliti..ya...memang cantik...

    ReplyDelete
  2. Byk pkk yg berbunga cantik tp kita terlepas pndg. Sbb tu Dedaun Alam cuba utk paparkan bungaan yg smpt dirakam oleh lensa kamera. Bunga bendi mmg cantik.

    ReplyDelete
  3. ...kemana saja saya akan membawa kamera....dan kawam2 mentertawakan..membuat kerja tak ada faedah...Saya tak ambil kisah itu semua, yang penting kita bahagia dengan hobi kita....so..awak macammana.....?

    ReplyDelete
  4. Saya pn sama dgn en zul, bw ank jln2 pn sy bw kamera. Ada yg menarik saya pasti tak lps peluang. Hasilnya blh tgk dlm blog ni..he3..

    ReplyDelete