VIP Dedaun Alam

Tuesday, January 11, 2011

Dendiar

Riang-riang atau reriang ini adalah serangga tahunan (bermusim)


Dendiar adalah nama panggilan bagi riang-riang oleh penduduk Kelantan. Riang-riang atau reriang ini merupakan serangga dalam famili Cicadidea. Riang-riang mempunyai mata kumpuan yang besar dan sepasang sayap lutsinar. Terdapat lebih kurang 2,500 spesis riang riang di seluruh dunia. Riang-riang mengeluarkan bunyi yang kuat melalui gesekan bahagian bawah sayap lutsinarnya. Bunyi ini dihasilkan sebagai cara riang-riang jantan untuk memikat pasangan pada musim mengawan. Biasanya riang-riang akan mati selepas mengawan dan bertelur. Riang-riang bertelur di atas pokok dan apabila telurnya menetas, nimfa riang-riang akan bergerak ke bahagian tanah. Nimfa ini akan berada dalam tanah untuk tempoh yang sangat lama. Apabila cukup tempohnya, nimfa akan berubah menjadi riang-riang. Riang-riang biasanya akan berbunyi pada musim kemarau.

23 comments:

  1. Salam..lama betuk tak dgr diar nyanyi..blk kg pun tak dgr juga..bunyi burung adalah huhu...kat mana dpt tagngkap diar tu

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa,
    Akk duk kat hutan batu nk dgr lagu mana bunyi ddiar ni. Kat kg2 dn hutan ada la. Kat kg kita tak blh dgr sbb pkk2 yg bsr dn tinggi dh kna tbg. Dendiar ni masuk dlm umah. Elok je parking ats kabinet dapur, trs berlari amik kamera..he3..

    ReplyDelete
  3. dulu2 ...kalau Rhiang masuk dalam rumah...main usik2 budak...tapi sekarang kemana spesis ni pergi....kawasan kita telah diasak oleh pembangunan....telah hilang suara alam.....

    ReplyDelete
  4. Riang2 mgkn akn pupus jika tmpt utk mereka hidup dn mbiak semakin bkurangan dek krn pmbangunan.

    ReplyDelete
  5. salam en daun.
    org tua dulu2 kata klu riang2 ni berbunyi alamat nak hujan berpanjangan n ada tetamu nak dtg berpandukan dr arah mana dtgnya riang2 ni berbunyi. hehe... sesekali balik kg akk masih dpt dgr lg bunyi riang2 ni. inilah kali pertama akk kenal rupa riang2 selalu dgr bunyinya yg nyaring tu je. haha... t.kasih en daun.:)

    ReplyDelete
  6. Salam kak anis,
    Kalau di Kelantan, org2 tua kata bila riang2 berbunyi itu tanda nk kemarau(selepas musim banjir/hujan). Riang2 ni kalau banyak kat satu pokok mmg riuh rendah bunyinya. Wlpn bising tp itu irama alam yg semakin hilang skrg ni. Hehe..kira ok jg sbb akk biasa dgr bunyi riang2 biarpn tak penah tgk tuan dia mcmana. Riang2 ni kalau kita tangkap dn pgg, ia msih nk berbunyi(minta tolong lpskn dia kot..he3..).

    ReplyDelete
  7. kalau kita bela riang2 ni nak bagi makan apa?

    ReplyDelete
  8. Riang2 ni jnis serangga tahun iaitu ia akn mati dlm jgka masa yg pendek. Biasanya ia akn mati selepas musim membiak. Hayatnya dlm 3 - 6 bln shj. Riang2 ni mkn serangga. Rasanya blm ada org bela riang2 sbb hayatnya tak pjg.

    ReplyDelete
  9. sy wan..tadi ade kawan sy dtg blik, mintak tolong sumthing..sy pon pergi la bilik dia..tgk2 ade reriang ni masuk bilik dia..haha, agak besar jugak..dia suruh sy buang sbb dia takut dan tak tahu ape mende tu..biler sy dah tangkap reriang tu, ape lagi, lintang pukang dorg lari ! hahaha ! smpai ade yg rempuh pintu lari kat bilik lain..keke, best giler usik dorg..^^

    ReplyDelete
  10. Hehe..kalo org tak penah tgk riang2 ni mesti rasa pelik sbb bentuknya mcm alien. Mata besar, sayap lutsinar lbh pjg drp badannya. Bunyi kuat, tak padan dgn tuannya yg kecik. Riang2 yg bersaiz besar tu jenis dok dlm hutan. Bunyinya dah mcm mesin.

    Riang2 ni sebenarnya kita payah nk tgk biarpun bunyinya kuat sbb ia berada di tempat tinggi dan camouflage dgn persekitarannya. Riang2 yg wan tangkap tu apa ceritanya? Dah dilepaskan ke alam semulajadinya tak?

    ReplyDelete
  11. ada riang2 kt dpan pintu blik sy skrg..xbrani nk kuar tkot dia terbang n msuk blik...xsukaa bunyi dia sgt menakutkan n pelikkk....huhuhuuu

    ReplyDelete
  12. Biarpu riang-riang berbunyi kuat dan nyaring, ia tak berbahaya kepada kita. Boleh tangkap dan lepasakan kat luar rumah. Riang-riang ni hayatnya pendek saja.

    ReplyDelete
  13. Memang sedap rebung buluh madu ni akak suka... akak ada tanam dlm pasu ... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen akak saya dah pindah dan jawab dalam posting asal iaitu, Buluh Madu.

      Delete
  14. salam, sekarang ini kalau nak tengok riang riang ini, jemput datang ke gua musang, kelantan.tengah musim dia.banyak sangat.asyik terbang dan langgar kepala orang saja :)

    ReplyDelete
  15. salam, sekarang ini kalau nak tengok riang riang ini, jemput datang ke gua musang, kelantan.tengah musim dia.banyak sangat.asyik terbang dan langgar kepala orang saja :)

    ReplyDelete
  16. Hayat riang riang ni antara 2 ke 4 minggu saja tapi sebelum tu ia dlm bentuk ulat dan hidup didlm tanah sehingga 17 tahun!!!..refer wiki.

    ReplyDelete
  17. Ini kat tempat sye dah seminggu αđa alunan musik reriang. Saya baru jer tau dari artikel ni kalo hayat serangga ni hnya beberapa minggu shaja.Salam dari jawa tengah ιи∂σиєѕια..ty fyi

    ReplyDelete
  18. Skrg ni duk bising depan umah kat pengkalan chepa.. Bising nya tak tau la ada berapa ekor...hehe

    ReplyDelete
  19. Siapa boleh dapatkan saya seekor,jenuh cari untuk anak Saya ni, maklumlah kena buat kerja khusus

    ReplyDelete
  20. tumpang tanya. apa maksud mata kumpuan?

    ReplyDelete
  21. Baru lepas ada dalam rumah nenek saya tadi

    ReplyDelete
  22. Ada ni ...ase nak bg penyepak memalam tepi bilik nk tido ..tgh mengawan agaknye
    Yg jantn ngorat yg betina ..bukan main lame mngawan ...jenuh nak tido tkleh ..

    ReplyDelete