Friday, January 28, 2011

Pokok Tulang Ayam

Pokok tulang ayam

Pokok tulang ayam merupakan tumbuhan yang hidup meliar di dalam hutan. Pokok ini kurang dikenali dan tidak begitu terkenal dalam bidang perubatan tradisional kerana bukan mudah untuk mendapatkan pokok ini. Pokok tulang ayam mempunyai daun yang berbentuk bujur dan tirus, bergerigi pada bahagian tepi dan permukaan daunnya agak kesat.

Antara kegunaan pokok ini adalah untuk merawat masalah kecacingan. Secara tradisional, daun pokok tulang ayam direbus dan air rebusannya digunakan sebagai mandian. Ia dikatakan sangat berkesan untuk mengatasi masalah kecacingan pada kanak-kanak atau bayi. Kaedah mandian ini digunakan sejak sekian lama sehingga kewujudan ubat cacing yang menggunakan bahan kimia(yang boleh didapati di kedai ubat/farmasi/klinik/hospital). Kegunaannya semakin dilupakan oleh generasi sekarang.

8 comments:

nadz said...

Assallamualaikum,

Saya masih mencari nama lain bagi pokok tulang ayam sebab tak pernah dengar nama ni..tapi pokok ni pernah lihat...ada nama lain untuk pokok tersebut?
terima kasih

zul permatang badak said...

...saya pun pernah lihat pokok ni....dalam kebun getah...ambil parang terus tebas....ingatkan semak samun.......menyesal,tanaman herba rupanya...masa akan datang...saya akan simpan...o.k jumpa lagi....

sayangsayangibu said...

banyak betul pokok herba yang sya tak kenal..

lina_pg said...

tadak rupa tulang ayam pun..rasa cam pernah tengok, snap kat ne tu?

Adry@Daun said...

:nadz
Wa'alaikumusallam,
Sy pn krg pasti nama lain bg pkk ini. Namanya mengikut panggilan org tmptan di utara. Pkk ni biasa tumbuh meliar dlm hutan, ladang getah atau semak. Mgkin di tmpt lain ia dipanggil dgn nama yg berbeza.

Adry@Daun said...

:zul permatang badak
Pkk ni mmg ada dlm kebun/ladang getah tp ramai yg tdk mengetahui khasiatnya dlm perubatan tradisional. Rasanya kalau en zul cari semula pkk ni dlm kbn gth tu, dh tak jmpa kot..hehe..

Adry@Daun said...

:sayangsayang ibu
Sya mai la tgk pkk2 yg mgkni tdk dikenali tu kat sini. Nti pkenalkn byk lg pkk yg bguna utk kita.

Adry@Daun said...

:Lina pg
mmg tadak rupa tulang ayam tp org panggil dia pkk tulang ayam..hehe.. Pkk tu ayah yg tnm kat blkg umah. Apalagi terus la snap..