Friday, January 14, 2011

Kunyit Hitam Asli

Pokok kunyit hitam yang asli masih dalam proses semaian. Di belakangnya adalah anak pokok duku palembang.

Kisah mengenai kunyit hitam pernah penulis paparkan dalam Dedaun Alam sebelum ini. Kunyit hitam tersebut tidak sama dengan kunyit hitam yang asli ini. Dan inilah dia kunyit hitam yang penulis maksudkan dalam entri berkenaan. Pokok kunyit hitam lebih bernilai dan dikatakan mempunyai unsur mistikal. Ada yang mengatakan jika kunyit hitam ini ditanam di empat penjuru rumah, ia akan menghalang gangguan sihir dan makhluk halus(jin). Dikatakan juga, hanya orang-orang yang tertentu boleh menanam kunyit hitam ini dan ia tidak boleh diberi sebarangan kepada orang lain. Sekiranya ini berlaku, pokok kunyit ini tidak akan hidup. Malah ada yang mengatakan kunyit hitam adalah pemberian 'penjaganya' kepada orang-orang yang tertentu sahaja. Apapun, Allah (swt) yang maha berkuasa.

Pokok kunyit hitam ini memang telah lama penulis tanam di kampung dan ia dibawa ke tempat tinggal penulis sekarang untuk dibiakkan. Dah lebih sepuluh dekad kunyit hitam ini hidup tanpa sebarang masalah di kampung halaman penulis. Anak-anak pokok duku palembang dan dokong juga disemai untuk ditanam.

13 comments:

  1. Salam..wah penuh misteri rupanya kunyit hitam ni..dah hidup subur tu kat langkawi,,, akk tak nmpk pulak ank duku palembang tu..mesti cinonik lagi..

    ReplyDelete
  2. salam en daun.
    wah, rajinnya en daun bercucuk tanam. baru kali ni juga dgr nama kunyit hitam, biasa kunyit kuning je. hehe... tak rugi tanam, byk khasiatnya. tak ada yg mustahil dgn kehendak Allah.:))

    ReplyDelete
  3. Memang sukar untuk mendapatkan kunyit hitam. Saya sendiri pun pernah mendengar namanya. Tapi tak pernah melihatnya. Dulu saya ada menanam halia bara, tiba-tiba banjir melanda terus habis benihnya.

    Herba-herba perubatan perlu ditanam secara berterusan agar anak cucu beroleh manfaat,kebaikan tersembunyi kalau tidak dikaji ia berlalu begitu sahaja.

    ReplyDelete
  4. kunyit htam ni misteri rpanya...

    ReplyDelete
  5. ohhh baru perasan pkk duku tu..rupanya dlm polibag lain heheh..dh besar tu...tanam guna biji ke

    ReplyDelete
  6. Salam kak rosa,
    Dh hidup subur kat sini. Ada satu polibeg lg tp yg tu isi saja, blm tumbuh. Ada org percaya kunyit htm ni ada kuasa mistiknya. Anak duku palembang tu bw blik ank. 9 pokok semuanya dn dh keluarkn daun2 baru. Ank2 duku tu kutip bw pkk tepi umah ngan bonda masa nk btolak ke sini.

    ReplyDelete
  7. :anis
    Salam kak anis,
    Kunyit hitam ni ada dua jenis. Dua2 tu ada dlm Dedaun Alam ni. Menanam pkk2 ni hobi sy dr dulu lg..he3..

    ReplyDelete
  8. :zul permatang badak
    Kunyit hitam yg ni mmg pyh nk dpt. Jrg org kenal dn pernah melihatnya. Pkk halia bara sy ada tnm, msih dlm polibeg. Pkk2 yg berguna kpd kita elok ditanam supaya generasi kan dtg trs knl dn tahu kegunaannya.

    ReplyDelete
  9. :ezzyra
    Misteri dn mistik sikit pkk kunyit hitam ni. Ada org kata kalau 'penjaganya' tak benarkn org tertentu tnm dia akn ambil semula. Entah betul ke tdk tak tau la.

    ReplyDelete
  10. saya ada juga menanam beberapa jenis herba yang diantaranya temu kunchi, halia merah, halia padi, kunyit puteh, kunyit hitam. semuanya saya tanam dalam pasu dek kerana duduk rumah taman apa nak buat. kerna hobi saya tanamlah. pokok pokok bungaan tak banyak melainkan yang punyai khasiat tersendiri saperti sundal malam, melor tongkeng dll.

    saya belum pernah dengar apa tah lagi nengok pokok kunyit hitam saperti ini. ada kah penulis menyimpam benihnya untuk dijual?

    terima kasih

    ReplyDelete
  11. Saya pn sama, suka menanam pokok. Temu kunci, halia bara, cekur, kunyit hitam, tunjuk langit antara yg saya tanam. Kunyit hitam spt dlm foto mmg sukar utk diperolehi tidak spt kunyit hitam yg berdaun besar. Setakat ni saya hanya tanam untuk koleksi herba saja.

    ReplyDelete
  12. ya! tunjuk langit saya ada tapi paku tunjuk langit dan juga jerangau. seorang kawan ada menjanjikan saya temu hitam dan kunyit padi untuk ditukarkan dengan kunyit puteh. saya berfikiran saudara punyai kunyit hitam asli yang boleh saya beli.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  13. asslmkm.. tuan sy ada bela pokok kunyit hitam hitam nie.. dah lebih 3 tahun.. dah buah kuyit hitam ni dah hitam sgt.. dan ia telah timbul di permukaan tanah.. jd apakah yg sy bole buat untk maximum kan pontesi kuyit ni... sesiapa yg ada pengalaman ttg kunyit ni atau ber minat boel hubungi sy terus.. 0126921774

    ReplyDelete