Pepatung bersaiz kecil ini terbang agak perlahan.
Salah satu spesis pepatung bersaiz sederhana.
Sepasang pepatung yang romantik sedang mengawan.
Januari 2011, musim untuk pepatung ini membiak. Tiga pasang pepatung tidak sedar aksi mereka dirakam oleh lensa kamera penulis.
Pepatung yang juga dikenali dengan nama tuyut (Kelantan), pelatung (Kedah), sibur-sibur (Perak) merupakan sejenis serangga terbang yang unik. Ia mempunyai mata bulat yang besar, dua pasang sayap lutsinar yang kuat dan abdomen yang panjang. Pepatung mempunyai tiga pasang kaki seperti serangga lain tetapi ia tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan hidupan atau serangga yang paling laju bergerak di dunia. Ia mampu terbang dengan kelajuan melebihi 200kmj dan mampu untuk berhenti secara pegun diudara walaupun dengan kelajuan tinggi. Ini bermakna ia mampu untuk berhenti serta merta pada kelajuan melebihi 200kmj. Kemampuan dan kelebihan ini terletak pada dua pasang sayapnya yang boleh mengawal pergerakannya. Ia mampu terbang ke depan, kiri, kanan, mengundur dan terbang setempat (Rekaan helikopter ditiru daripada kehebatan pepatung ini). Pepatung juga dapat memusingkan kepalanya dalam pusingan hampir 360 darjah tanpa menggerakkan badan. Terdapat lebih daripada 2000 spesis pepatung di dunia. Ia boleh dibezakan melalui saiz, bentuk dan warna badannya. Pepatung menjadikan serangga lain (termasuk pepatung lain) sebagai makanannya.
Walaupun pepatung ini serangga terbang tetapi ia bertelur dan membiak di dalam air. Kita sering melihat pepatung yang terbang di permukaan air sambil menyentuh bahagian hujung abdomennya. Inilah salah satu cara ia bertelur. Ia juga bertelur di atas tumbuhan akuatik dan ada spesis pepatung yang mampu untuk menyelam ke dasar untuk bertelur. Telur tersebut akan menetas dan menjadi nimfa. Nimfa ini mengambil masa kira-kira 2 bulan sehingga lima tahun di dalam air(mengikut spesis pepatung). Ia memakan berudu, anak-anak ikan, udang dan lain-lain. Ia bernafas melalui insang.
Apabila larva telah bersedia untuk proses metamorfosis, ia akan memanjat tumbuhan akuatik. Setelah berada di luar air, ia mula bernafas. Kepompong akan terbuka pada bahagian belakang kepala dan pepatung dewasa akan keluar dan terbang untuk meneruskan hidupnya sebagai serangga terbang yang hebat. Usia pepatung tidak panjang iaitu kira-kira empat bulan.
Salam..banyaknya tuyut...comel2 pulak tu
ReplyDeletecomel comel........
ReplyDelete....berkhayal melihat pepatung...angankan kehidupan tersendiri bebas diudara....menyentuh air tetapi tidak tenggelam,mengejar kawan kawan tetapi tidak berlawan......Sewaktu kecil impikan helicopter mainan tetapi tidak punyai wang,cukup melihat pepatung.....terbang dihujung kolam....
ReplyDeleteSalam kak rosa,
ReplyDeleteKat sini mmg byk tuyut. Dh ada kamera kat tgn, snap la. Cuba ambik gmbr yg trbg tp x blh sbb laju..he3..
:sayangsayangibu
ReplyDeleteSya suka tgk pepatung ni ye. Ia serangga comel dn sgt unik pada saya.
:zul permatang badak
ReplyDeletePepatung trbg bebas di udara, sekali sekala hinggap utk rehatkn 2 psg sayapnya. Inilah helikopter yg asli. Ada bdk2 yg tgkp dn buat pepatung ni sbg mainan dgn mencucuk bhgn hjg abdomen guna bunga kemuncup tnpa tahu itu sbnrnya menyiksa serangga tsbt.
Salam bahagia
ReplyDeletePada gambar 1, pepatung bersaiz kecil, tapi lihatlah pula kecilnya si kerengga.
Pada gambar-gambar lain, bila pepatung bermesra, mereka tontonkan pada dunia, batang tubuh membentuk 'hati', lambang kasih sayang yang dipadu!
Memang menggamit gambar-gambar yang dipaparkan!
Salam cikgu,
ReplyDeletePepatung tu kecil tp ada yg lbh kecil drpnya. Jika kerengga itu kecil, semut lg kecil drp kerengga tu. Pepatung ni pasangan romantik, bentuk 'hati' tu lambang kasih mereka kot.
cmelnye tuyut kecik 2...
ReplyDeleteTuyut kecik tu mmg comel. terbang pn slow motion je. Sng je nk igak dia..he3..
ReplyDelete