VIP Dedaun Alam

Tuesday, February 1, 2011

Jerun Betina

Pokok jerun betina yang tumbuh meliar di kawasan terbuka atau kawasan  lapang yang terbiar.

Bunga jerun betina yang mempunyai ciri hampir sama dengan bunga jerun jantan atau ketam guri. Perbezaan paling ketara adalah bentuk kelopak bunga dan saiz bunga yang lebih kecil.


Nama Botani : Sida rhombifolia sp.
Famili : Malvaceae

Pokok jerun betina yang dipanggil sebagai arrowleaf sida dalam Inggeris merupakan tumbuhan dalam famili yang sama dengan ketam guri atau jerun jantan. Jerun betina mepunyai daun yang berbentuk runcing seakan mata tombak atau anak panah dan bergerigi pada bahagian tepi daun. Ciri daun dan bentuk pokoknya berbeza dengan pokok jerun jantan. Ia juga berbunga seperti bunga jerun jantan atau ketam guri tetapi saiznya lebih kecil dengan bentuk kelopak yang sedikit berlainan.

Kegunaannya dalam perubatan tradisional hampir sama dengan jerun jantan. Kelebihan pokok ini berbanding jerun jantan ialah daunnya boleh digunakan untuk membalut batu tungku ketika proses bertungku semasa dalam pantang. Ranting pokok bersama daunnya dipotong untuk membalut batu tungku sebelum dibungkus menggunakan kain. Kegunaan lain pokok jerun betina yang biasa penulis lihat adalah untuk dibuat penyapu sawang (sarang labah-labah). Beberapa pokok jerun betina dipotong pada bahagian pangkal dan daunnya dibuang dengan cara membanting ke tempat keras. Batang bersama ranting diikat pada kayu atau buluh panjang dan siaplah penyapu sawang mesra alam.

5 comments:

  1. ...Huuu huu tak laku penyapu kat kedai.....akan cuba juga untuk membuatnya....jimat duit kawe....

    ReplyDelete
  2. nape plak nama jerun, sekali dgr cam jerung lak.Daun kecik2 cam pkok mambu yg org boh kat bdk2 kena dmm campak@bertih tuh

    ReplyDelete
  3. Hehe..mmg tak laku kalau semua org buat penyapu sawang mesra alam mgunakn pkk ni tp tak ramai antara kita nk menyusahkan diri utk mbuatnya. Semua nk yg senang2 je. Sy pn biasa buat pyapu sawang gna pkk ni..hehe..

    ReplyDelete
  4. :lina pg
    Dh mmg namanya mcm gitu. Pkk ni ada yg jantan dan betina. Daun pkk ni lbh kecil bbanding daun semambu atau mambu tu. 3 kali lbh kecil.

    ReplyDelete
  5. Baru-baru ni dapat maklumat, daun jerun di tumbuk lumat, well sekarang blender la dengan sedikit air, sehingga jadi paste, paste daun jerun ni konon nye dibalut di keliling tempat yang patah dengan kain selama 2 minggu atau lebih, boleh menyambung/memulihkan tulang yang patah di dalam. Tolong sahkan

    ReplyDelete