Tuesday, February 22, 2011

Merbah Kapur (Yellow Vented Bulbul)

Merbah kapur hinggap di dahan pokok rambutan sambil membawa makanan dengan paruh untuk anak-anak yang berada dalam sarang. Ia memastikan keadaan selamat sebelum terbang ke sarang anak-anaknya yang dibina pada pokok buluh Jepun berhampiran pokok ini.

Ia merasakan keadaan kurang selamat kerana ada 'musuh dengan benda pelik(kamera)' asyik memerhatikan pergerakannya. Terbang menjauhkan diri ke dahan semambu. Terdapat seekor lagi burung merbah kapur yang berada di dahan pokok jambu. Kedua-dua ibubapa burung ini silih berganti memberi makanan untuk anak-anak mereka.

Setelah melihat keadaan selamat kerana tiada 'musuh' yang berhampiran, ia terbang dan hinggap di ranting pokok buluh Jepun. Sebenarnya 'musuh' sedang bersembunyi di tempat yang terlindung dari pandangannya semata-mata untuk mengambil gambar ini. Perhatikan serangga yang dibawa oleh burung mebah kapur ini untuk disuap kepada anak-anaknya.

Menoleh ke arah anak-anaknya yang berada di dalam sarang sebelum masuk.

Dua ekor anak burung merbah kapur ini telah selamat terbang dan hidup bebas di alam semulajadinya pada petang Sabtu (19 Februari 2011). Kira-kira tiga jam selepas foto ini di abadikan dan hanya tiga hari selepas entri pertama mengenai anak burung ini.


Merbah Kapur (Yellow Vented Bulbul)

Nama Saintifik : Pycononotus goiavier
Famili : Pyconontidae

Merbah kapur atau yellow vented bulbul merupakan burung yang hidup meliar di kawasan semak berhampiran pantai, hutan sekunder, kawasan ladang, kebun dan kampung di Semenanjung Malaysia. Burung ini menjadikan buah-buahan, serangga, nektar dan pucuk sebagai makanannya. Panjang badanya dari paruh ke hujung ekor ialah kira-kira 20cm. Bahagian kening burung merbah kapur berwarna putih tetapi bahaigan mata dan paruhnya berwarna gelap. Leher dan dadanya berwarna putih. Badan merbah kapur berwarna kecoklatan dan tongkengnya kekuningan.

Burung merbah kapur mengeluar bunyi 'chic..chic..chic..' dengan cepat dan 'chwich..chwich..' dengan nyaring dan jelas. Ia juga mengeluarkan bunyi 'tidloo..tidloo..tidloo..' dan tud-liu..tud-liu..tud-liu..'

10 comments:

  1. baru sya kenal rupa paras burung merbah.

    ReplyDelete
  2. Hehe...comel tak burung merbah kapur ni? Spesis merbah ada byk byk jnis kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. mcm national geographic plk..hehe

    ReplyDelete
  4. ingat umah kat kampung jerr ada burung..kat sini ada burung gak hehehe..

    ReplyDelete
  5. ssalam muncul juga mak burung merbah kapur ni..akk pun dh lupa mcm mana rupa dia, yang mcm kita tahan jebok dulu ke heheh..kuning n besar sikit, tapi yg ni kecil pulak

    ReplyDelete
  6. :alla
    Ni National Geogrhic juga tp dlm versi gmbr statik..he3..

    ReplyDelete
  7. :Lina-pg
    Kat sini pn byk juga burung. Nti nk post dlm ni..hehe..

    ReplyDelete
  8. :Kak rosaliza
    As salam kak rosa, burung ni sama saiz dgn merbah mata merah yg arwah abe kita thn jebok dulu. Yg bbeza cuma warna badan dn bunyinya shj.

    ReplyDelete
  9. Thanks for the info... kat pokok buluh jepun rumah saya pun Ada sepasang!

    ReplyDelete
  10. Kalau sarang burung tu tak diganggu dan anaknya selamat, biasanya pasangan burung merbah akan kembali bersarang di tempat yg sama.

    ReplyDelete