VIP Dedaun Alam

Thursday, February 10, 2011

Paku Tunjuk Langit Dan Kisah Misterinya.

Pokok paku tunjuk langit 'misteri' yang disemai oleh penulis. Pokok tersebut telah menghasilkan pokok baru yang lebih subur dan segar.

Paku tunjuk langit merupakan tumbuhan dalam famili paku pakis dan entri mengenainya boleh dibaca di sini. Ramai yang terkeliru antara pokok paku tunjuk dan pokok buah tunjuk langit. Sebenarnya kedua-dua pokok ini sangat berbeza tetapi ada persamaan namanya. Pokok paku tunjuk dalam foto di atas penulis gali dari bawah pokok belimbing ini. Tempat tersebut akan ditambak dengan tanah dan ketika sedang membersihkan kawasan tersebut, tiba-tiba terpandang pokok paku tunjuk langit ini. Hari sebelumnya, tak kelihatan pokok tersebut di situ. Entah dari mana ia datang kerana ia adalah satu-satunya pokok paku tunjuk langit yang tumbuh di situ. Mungkin juga sporanya terbang atau dibawa jauh dari tempat asal induknya. Teringatkan pesan seorang kawan baik penulis, 'kalau kita jumpa pokok ubat (herba), jangan bertangguh untuk ambil kerana ia mungkin hilang begitu saja'. Pernah berlaku semasa masih remaja, penulis terjumpa pokok senduduk yang berbunga putih. Hanya sepokok itu sahaja  berbunga warna putih sedangkan yang lain mengeluarkan bunga yang berwarna seperti biasa. Penulis menganggap pokok senduduk tersebut albino kerana bunganya berwarna putih. Selepas itu, penulis menceritakan penemuan senduduk albino tersebut kepada arwah bapa. Baru penulis tahu, pokok senduduk itu sebenarnya pokok senduduk putih yang memang sukar untuk ditemui. Apabila penulis pergi semula ke tempat pokok senduduk putih tersebut, ia telah tiada pada tempat berkenaan. Puas penulis mencari tetapi tidak menjumpainya. Memang agak pelik tetapi ia terjadi kepada penulis. Kerana inilah bila penulis terjumpa pokok paku tunjuk langit ini, terus gali dan semai dalam polibeg sebelum ia lenyap dari pandangan mata. Sekarang pokok induk paku tunjuk langit itu telah membiakkan pokok baru.

5 comments:

  1. ....simpan spora ...bila memerlukan ada tempat untuk dibuat rujukan.....senduduk putih ada dijual dikedai nurseri tapi harga memang tinggi........kalau terjumpa cepat2 ambil dan simpan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senduduk putih yg dijual di nurseri berdaun lebih kasar dari yg liar.

      Delete
  2. Spora pokok paku tunjuk langit ni rasanya bkn sng nk bercambah. Saya biarkan ia membiak secara semulajadi. Pkk senduduk putih mmg ada dijual dinurseri tp ianya bkn yg asli dr bukit atau gunung sptmana pkk tongkat ali. Yg asli lbh baik drp yg dibiakkan atau ditanam secara ladang.

    ReplyDelete
  3. sampai saat ini,saya belum pernah melihat langsung tanaman paku tunjuk langit ini,apakah di Indonesia tumbuh juga tanaman seperti ini

    ReplyDelete
  4. Saya ada tanaman itu paku telunjuk langit itu jikA tuan minat mau beli silahkan hubugi sya dan pangil saja yardi atau yang nomor hp sya 0163781004 yang berminat tanaman paku telujuk lagit atao pohon obat sakit pingAng

    ReplyDelete