VIP Dedaun Alam

Thursday, February 24, 2011

Kerabu Beronoq @ Beronok

Kerabu beronoq atau beronok yang menjadi hidangan eksotik penduduk Langkawi.

Kerabu beronoq adalah salah satu hidangan eksotik bagi penduduk Langkawi. Sesiapa yang pernah merasa atu makan kerabu beronoq ini pasti tahu rasanya. Ia memang sedap dan unik. Tekstur beronoq ini boleh disamakan dengan isi kelapa. Jika ia masih muda, isinya lembut dan beronoq yang tua tekstur isinya kenyal seperti isi kelapa tua. Untuk membuat kerabu, beronoq yang muda atau matangjadi pilihan kerana isi masih boleh dikunyah dengan mudah. Kaedah atau cara untuk membuat kerabu beronoq adalah sama dengan kerabu yang lain tetapi ia lebih sedap jika ditambah dengan pucuk gajus (ketereh) yang mayang dan bunga cemumar yang dihiris halus.

7 comments:

  1. Nampak sedap nyer... kerabu beronoq.. tapi akak x pernah makan pon.. baru2 nie smasa cuti bulan Disember akak ngan family ada g holiday 4 hari ke langkawi... sepanjang kat langkawi x jumpa pulak kerabu bronoq nie... klu jumpa mesti akak cube...

    ReplyDelete
  2. Mmg sdp kerabu beronoq ni tp ia bkn ada sepanjang thn kat sini. Nk merasa kerabu beronoq, akk kna mai Lgkwi skrg(Feb-Mac). Beronoq ni hidupan laut yg bermusim. Ia hnya muncul sekali dlm setahun.

    ReplyDelete
  3. Assalam...nyum3x..berair mulut akk bila tgk kerabu bronok ni, rasa cam tak leh nak telan je huhuuh, org yg tekak cam akk ni susah nya nak mkn yg pelik2.

    nnt akk pg langkawi nak juga lah tgk bronok ni, mana tau ku2 boleh telan.

    Semalam akk tak on9 bz hehe

    ReplyDelete
  4. As salam kak rosa,
    Akk tak biasa mkn tu yg kata mcm2.. Kalau dh mkn, msti tau sdp ke tdk. Beronoq ni kalau kita tgk mcm sotong je. Nk merasa beronoq kna mai sini bln Feb dn Mac je. Masa lain, boeornoq dh takdak.

    ReplyDelete
  5. As-Salam ADRY

    Wow, tak pernah tengok, tak pernah rasa. Eksotik betul kerabu tu! Ni dah musim beronoqlah, kan? Tapi mahallah kos nak terbang ke Langkawi, hehehe. Berapa harga sepinggan kerabu beronoq macam yang Adry tunjukkan tu? Kalau tengok rupanya, macam boleh digoreng bersalut tepung beronoq tu. Rasanya macam sotong, udang, ketam.... atau siput tertentu?

    ReplyDelete
  6. As Salam, come, visit and follow my new blog: .

    http://freewallpaperbyfkphotography.blogspot.com
    contains Islamic Wallpaper using my own photo
    -Dakwah kecil-kecilan

    and

    http://fkphotography-kk.blogspot.com/
    Its all about my passion toward photography

    TQVM, Have a nice day :) Wasalam

    ReplyDelete
  7. :Temuk
    As salam cikgu, beronoq atau beronok ni mmg makanan eksotik penduduk di sini. Skrg musim ia muncul dgn byk di kawasan pantai yg berselut. Ia muncul sebulan atau dua bulan shj sblm menghilangkan diri. Hrga beronoq segar atau kerbau beronoq ni tak mahal. Kalau spt dlm foto mgkin RM1-RM2 shj. Rasa beronoq ni unik krn tiada hidupan laut lain yg blh disamakn dgnnya. Dan plg penting, ia tidak blh terkena pd kepanasan(spt digoreng) krn sifatnya yg akn mencair dn hilang bila terdedahh kpd haba.

    ReplyDelete