VIP Dedaun Alam

Friday, March 19, 2010

Seralat @ Buah Mentega

Buah mentega berkulit merah baldu dan berbulu halus seperti dan bentuknya seakan pisang kaki

Isi buah mentega atau seralat berwarna krim. Rasa manis dan berbau wangi.
Kali ini Dedaun Alam memperkenalkan buah yang diberi nama oleh penduduk tempatan di Langkawi sebagai buah seralat. Penulis sendiri pun belum pernah melihat, tahu dan merasa buah ini sehinggalah petang tadi. Buah seralat juga dekenali dengan nama buah mentega agak unik kerana mempunyai bentuk seakan buah pisang kaki (persimmon) dan mempunyai bulu-bulu halus pada kulit seperti buah kiwi. Kulitnya buah ini kelihatan seperti baldu berwarna merah. Buah seralat yang masak akan gugur dari tangkainya dan ianya berbau wangi. Rasa isi buah ini manis, wangi dan sedap.

3 comments:

  1. owh buah mentega. tinggal knagan sbb pokok dia dh kne tebang. syg.... sy suke pokok dia. batang pokok dia sgt cntik (pd pndapat sy).

    p/s: klau buah ni x cukup msak sgt kelak ye. lebih power dr ciku muda. errr..... bulu dia pn blh than perit. seakan2 miang buluh. tp buah dia cntik!

    ReplyDelete
  2. pokok mentega pn dah kena tbg ke? Habis la pupus pkk buahan nadir kat umah Syazel.. Pkk yg dlm foto ni pn tuan dia dh tbg 2 thn lps. Smpt juga saya merasa buah ni. Betul spt apa yg Syazel tu, buah yg tak brpa msk, rasanya kelat tp yg dh betul2 msk, manis dan wangi.

    p/s: Pkk seralat/buah mentega ni adik beradik dgn pisang kaki.

    ReplyDelete
  3. saya rindu dgn buah nie..ada jual ke.. nak beli. terasa2 haruman dan lemak manis..

    ReplyDelete