VIP Dedaun Alam

Friday, March 19, 2010

Ara Tanah

Pokok ara tanah

Nama botani : Euphorbia Hirta Linn.
Famili : Euphorbiaceae

Pengenalan

Pokok ara merupakan tumbuhan yang hidup secara liar di kawasan sekitar rumah dan kampung. Tumbuhan ini jenis semusim dan ketinggiannya hanya mencapai 30cm. Keseluruhan pokok ini mempunyai bulu-bulu halus.

Kegunaan

Getah yang terdapat dalam batang pokok ara tanah boleh dijadikan penawar untuk meredakan bengkak pada kelopak mata. Campuran ara tanah bersama pokok paku roman digunakan untuk merawat bisul, kurap dan bengkak pada kulit. Tumbuhan yang pahit dan masam ini bertoksik tetapi ia bersifat diuretik, antipruritik dan antibengkak.

No comments:

Post a Comment