Friday, March 5, 2010

Spider Lily @ Bakung

Bunga bakung berwarna putih dan mempunyai bau yang harum

Pokok bakung biasanya menjadi pilihan sebagai hiasan landskap.


Nama Botani : Hymenocallis sp.
Famili : Amaryllidaceae/Lilliaceae.
Pengenalan

Pokok Bakung juga dikenali dengan nama spider lily merupakan tumbuhan jenis bebawang yang ditanam sebagai hiasan landskap. Ia mempunyai daun yang berbentuk seperti pedang dengan panjangnya sehingga 1.3m. Daun pokok bakung biasanya berwarna hijau yang sekata dan mempunyai urat selari. Bunga bakung berwarna putih dan berbau sangat harum.
Kegunaan

Pokok bakung dipercayai boleh merawat bisul dan luka, bengkak kaki dan tangan. Ia juga mampu meredakan sakit sendi, sakit pinggang dan kencing tidak lawas.

2 comments:

  1. Salam tuan...
    Akak kenal dengan nama Spider lily je...ohh rupa2nya nama lain dia pokok bakung... dulu akak ada tanam kat laman tapi bila dah jadi semak akak pindahkan dekat luar pagar rumah depan *rumah tak berpenghuni*
    Memang cantik bunganya, putih berseri2 :)

    ReplyDelete
  2. Salam kak fzi.. Bakung tu nama Melayu pokok tu. Ia juga dipanggil dgn nama pokok bawang bakung. Spider lily nama org putih tu.Bunga putih dn wangi tp tak thn lama.Kembang sehari tp bunga byk dlm setiap jambak.

    ReplyDelete