VIP Dedaun Alam

Thursday, March 18, 2010

Pulut-pulut

Pokok pulut-pulut

Nama Botani : Urena lobata
Famili : Malvaceace
Pengenalan
Pulut-pulut merupakan tumbuhan yang tumbuh liar di tepi-tepi jalan, kawasan terbiar dan sekitar kawasan kampung. Pokok jenis sub-shrub ini hanya berketinggian tidak melebihi 2 meter. Ia dipanggil pulut-pulut kerana buahnya Buahnya mempunyai bulu yang keras akan melekat pada bulu haiwan atau pakaian jika tersentuh. Pokok ini membiak melalui biji benih dan penyebaran dilakukan dengan cara ini. Bunga pulut-pulut berwarna merah jambu dan mempunyai lima kelopak.ya. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat apabila matang.
Kegunaan
Semua bahagian pokok ini iaitu akar, batang, daun, bunga dan buahnya digunakan dalam perubatan tradisional. Ia boleh digunakan untuk merawat radang sendi, disenteri, sakit perut, malaria, demam, cirit-birit, batuk, penyakit-penyakit kulit, pengeluaran darah berlebihan, penyakit dada dan kesukaran ketika bersalin. Tumbuhan ini juga dilaporkan boleh digunakan sebagai penawar racun jika dimakan bersama bunga raya.

Kulit pada batang tumbuhan pulut-pulut berserat dan boleh menggantikan rami (jut) dalam industri pembuatan tali dan guni. Pokok ini ditanam secara komersial di Brazil untuk tujuan tersebut.

No comments:

Post a Comment