Nama Botani : Diospyros blancoi
Famili : Ebenaceae
Pengenalan
Buah mentega merupakan buah-buahan yang dikategorikan dalam golongan buah nadir kerana ia sukar untuk dijumpai pada masa sekarang. Pokok buah mentega juga dikenali dengan nama seralat oleh penduduk di Utara Semenanjung Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama butter fruit, buah marjerin, bisbul, sembolo, velvet apple, mabolo, buah lemak dab marit. Ia dipercayai berasal dari Filipina. Pokok buah mentega boleh mencapai ketinggian sehingga 30m. Ia membiak melalui biji benih, kaedah tut dan pembiakan vegetatif(cantuman mata tunas).
Kegunaan
Buah mentega sedap dimakan segar dan baunya wangi. Buah mentega atau seralat ini dipercayai berfungsi untuk mencuci buah pinggang.
4 comments:
salam..wah cantik rasa macam pernah makan buah ni masa kecil2 dulu..buah ini selalu cantik nampak dikawasan masjid..betul x?
Salam cantik.. Betul ke cantik dh pernah mkn buah ni masa kecil2 dulu?Sy blm pernah lihat buah ni sblm ni.Tak penah pula sy lihat pkk ni ada dlm kwsn msjid.Yg ada biasanya pkk yg buah dia kaler hijau dn msk wrna merah.Buah yg mcm epal tu beracun dn blh mbawa maut.
bleh tau tak kt mane leh dpt buah nie?need for student final year project..huhu
Pokok yg dlm foto ni, tuan dia dh tebang tahun lepas. Tuan dia tak tau nk hargai buahan nadir ni. Pokok buah mentega makin pyh nk jumpa skrg ni.
Post a Comment