Nama Botani : Diospyros blancoi
Famili : Ebenaceae
Pengenalan
Buah mentega merupakan buah-buahan yang dikategorikan dalam golongan buah nadir kerana ia sukar untuk dijumpai pada masa sekarang. Pokok buah mentega juga dikenali dengan nama seralat oleh penduduk di Utara Semenanjung Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama butter fruit, buah marjerin, bisbul, sembolo, velvet apple, mabolo, buah lemak dab marit. Ia dipercayai berasal dari Filipina. Pokok buah mentega boleh mencapai ketinggian sehingga 30m. Ia membiak melalui biji benih, kaedah tut dan pembiakan vegetatif(cantuman mata tunas).
Kegunaan
Buah mentega sedap dimakan segar dan baunya wangi. Buah mentega atau seralat ini dipercayai berfungsi untuk mencuci buah pinggang.