VIP Dedaun Alam

Wednesday, March 31, 2010

Bacang @ Macang

Pokok bacang yang biasanya berbatang lurus.

Putik buah bacang

Bacang atau nama botaninya Mangifera foetida Lour adalah pokok yang tumbuh meliar di hutan dan ada yang ditanam sekitar rumah di kawasan kampung. Pokok ini yang mempunyai batang lurus mampu mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Bacang berbuah mengikut musim iaitu sekali dalam setahun. Buah bacang biasanya dimakan segar setelah buah masak. Buah bacang yang telah masak masak berbau harum dan akan gugur dari tangkainya. Buah bacang juga digunakan sebagai bahan utama dalam sambal dan kerabu.

Buah bacang yang masih muda mengandungi bahan toksik dan boleh menyebabkan bibir, mulut, lidah dan kerongkong gatal atau lecur kalau dimakan mentah. Getahnya akan menyebabkan kegatalan jika terkena pada kulit. Getah yang terdapat pada daun, kulit dan pokok bacang juga mengandungi toksik yang memberi kesan sampingan kepada kulit sensitif.

No comments:

Post a Comment