Friday, February 12, 2010

Remia

Pokok remia yang sama bentuk dan ciri dengan pokok kundang atau setar

Buah remia yang telah masak

Yang ini masih hijau dan belum masak

Inilah rupa buah remia

Rasa buah remia tidak sama seperti kundang atau gemia. Remia tetap masam biarpun telah masak. Rasa buah buah kundang manis-manis masam setelah masak.



Kali ini saya perkenalkan buah yang kurang dikenali dan termasuk dalam kategori buah nadir Malaysia iaitu buah remia. Remia adalah sebutan masyarakat Utara semenanjung Malaysia. Bulan Februari 2010, buah remia ini telah masak dan foto ini diambil pada hari ini (12 Feb 2010) dan dijadikan entri blog ini pada hari yang sama. Ramai orang yang keliru antara buah remia, kundang atau setar dan gemia. Ciri perbezaan yang ketara boleh kita lihat dan tahu adalah bentuk dan rasa. Buah remia bersaiz kecil, manakala kundang lebih besar berbanding remia. Gemia merupakan buah yang paling besar dalam pokok spesis ini. Remia rasanya masam walaupun telah masak, kundang atau setar lebih manis dengan sedikit rasa masam. Manakala gemia yang paling manis dan sedap. Remia sesuai jika dimakan dengan pencicah atau 'colek'. Sesiapa yang suka makan buah jenis masam dengan mencicahnya, bolehlah cuba buah ini. Sedap!!

8 comments:

  1. pkok kt umh ke 2?hntr la ke prlis...hahaha

    ReplyDelete
  2. Pokok tu kat muah mak menakan. Nk mkn meh la sini..he3..

    ReplyDelete
  3. laaa..org srh ntar kt cni la....bkn kna p sana...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Nk htr pi Perlis nu dh bape kos kargo nk kna caj,lagipun buah dh x sgr dr ladang bila smp.Meh la sini,blh petik sndiri dr pokok.Nk pnjt pn blh..

    ReplyDelete
  5. google td jupe kat cni buah ni...syok tgh dh la pregnant....ngidam lak ;)

    ReplyDelete
  6. Buah remia ni dh tmasuk dlm kategori buah nadir, nk jumpa pn pyh dh skrg. Nk beli pn agk mustahil sbb krg dijual di pasaran. Pkk remia yg dlm foto baru je lps masak bln lepas.. Yg ada dijual di pasaran adalah buah gemia, saiznya lbh bsr dn rasanya manis.

    ReplyDelete
  7. saya berminat untuk beli anak pokok remia jika ada. Boleh x?

    ReplyDelete
  8. Pokok remia yg dlm foto ni dah tumbang awal tahun ni. Tiada lagi buah dan benih dpt dihasilkan. Pokok remia pn dah makin kurang skrg..

    ReplyDelete