Nama Saintifik : Premma cordiflora
Famili: Verbenaceae
Nama Lain : Berbuas, buas-buas
Famili: Verbenaceae
Nama Lain : Berbuas, buas-buas
Pengenalan
Bebuas atau juga dikenali dengan nama berbuas merupakan tumbuhan yang hidup secara liar dan ada juga ditanam di sekitar rumah kerana kegunaan sebagai ulaman. Bahagian yang menjadi ulam adalah pucuk mudanya. Rasanya sedikit pahit dan agak rangup.
Kegunaan
Amalan memakan pucuk pokok bebuas sebagai ulam dapat menolong membuang angin dalam badan dengan cepat. Pucuk bebuas biasanya dicelur dahulu sebelum makan atau terus dimakan secara segar(mentah). Pucuk bebuas yang direbus dan diminum airnya boleh mencegah masalah kecacingan dan ia juga dapat menambah air susu badan bagi ibu yang menyusukan bayinya. Ada juga yang mengatakan bahawa pucuk bebuas dapat meningkatkan tenaga bagi kaum lelaki.

Salam utk Tuan Kebun,
ReplyDeleteSaya pertama kali mengunjungi blog sdr dan tertarik krn begitu informatif.
Ingin saya tambahkan sedikit informasi tentang pkk bebuas. Ia merupakan sejenis pkk yang sgt popular kpd penggiat bonsai. Tetapi spesis yg lazim dibuat bonsai ialah premna microphilea. Biasanya ia didapati di pulau-pulau di Terengganu. Ini krn bentuk batangnya yang unik dan tersendiri hasil dari tindakan alam semulajadi. Jangan terkejut jika pohon yang baik harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit!