VIP Dedaun Alam

Sunday, February 7, 2010

Mengkuang

Pokok mengkuang ini mungkin telah berusia puluhan tahun berdasarkan batangnya yang tinggi.
Nama botani : Pandanus Atrocarpus, Griff.
Famili : Pandanacea.

Pengenalan

Mengkuang merupakan tumbuhan dalam keluarga yang sama dengan pandan. Ia tumbuh liar di kawasan lembab dan berpaya. Biasa kita lihat mengkuang tumbuh di tepi-tepi sawah padi, tali air, paya dan sungai. Daun mengkuang berbentuk tirus memanjang dan berduri tajam pada bahagian tepi daun.

Kegunaan

Kegunaan utama mengkuang adalah dalam pembuatan barangan kraftangan seperti tikar, bakul dan lain-lain. Sifat daun mengkuang yang panjang dan lasak menjadikan ia pilihan utama untuk membuat tikar.

Mengkuang juga dipercayai boleh merawat hilang ingatan dengan cara duri mengkuang, duri gulang dan duri rakan direbus atau direndam dalam air panas dan air tersebut diguna untuk mandi. Mengikut kepercayaan tradisional masyarakat Melayu pada zaman lampau, daun mengkuang digunakan sebagai bahan untuk menghalau hantu dari mengganggu wanita yang lepas bersalin. Daun mengkuang akan diletakkan pada dinding rumah wanita yang baru melahirkan anak. Kononnya duri tajam pada daun mengkuang akan menakutkan hantu untuk mendekati rumah tersebut.

2 comments:

  1. Nk tny..mana nk cari..daun mengkuang ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok mengkuang byk tumbuh di kawasan berdekatan dgn air. Plg mudah nak cari, di kawasan bendang padi atau kena cari paya.

      Delete