VIP Dedaun Alam

Sunday, August 22, 2010

Lalang

Lalang yang sering dianggap pengacau kepada tumbuhan lain

Nama Botani : Imperata cylindrica
Famili : Gramminae

Pengenalan

Lalang merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga rumput yang tumbuh liar dihampir semua tempat terutama kawasan terbuka. ia juga mampu tumbuh subur di kawasan kurang subur. Ia dikenali sebagai jenis rumput yang paling degil kerana bukan mudah untuk memusnahkan pokok ini. Hanya beberapa jenis racun yang boleh digunakan untuk membunuh pokok lalang. Jika lalang tumbuh di ladang atau kebun, ia akan menganggu tanaman lain. Lalang mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat berbanding rumput atau pokok lain. Ia membiak dengan pantas dan tanpa disedari kerana pembiakannya melalui akarnya yang berada didalam tanah. Ia juga membiak melalui biji benih yang diterbangkan oleh angin pada jarak yang agak jauh.

Kegunaan

Walaupun kehadiran pokok lalang tidak disukai tetapi ia sebenarnya mempunyai kegunaan dalam perubatan tradisional. Ia boleh dijadikan sebagai penawar pelbagai penyakit.  Akar lalang yang dicampurkan dengan kemenyan dan dibakar, kemudian dibancuhkan dengan sedikit air dan tampalkan pada bahagian bawah pusat dipercayai dapat mengecutkan rahim bagi ibu selepas bersalin. Air rebusan akar lalang yang dicampur bersama madu dan diminum boleh merawat asma.

Untuk melawaskan pembuangan air kecil, akar lalang bersama daun pokok dukung anak yang dikeringkan direbus dan kemudian diminum. Akar lalang yang dikeringkan, direbus dan diminum ketika panas sebanyak satu sudu dikatakan dapat meredakan demam. Secekak akar lalang direbus dalam 4 gelas air sehingga menjadi 2 gelas air, dicampurkan dengan gula batu atau madu dan diminum 3 kali sehari juga boleh digunakan untuk merawat demam. Daun lalang dibakar sehingga menjadi abu dan ditampal pada bahagian berkenaan dapat merawat sengal tulang, otot dan urat.

Untuk menurunkan tekanan darah tinggi, air rebusan akar lalang diminum tiga kali sehari. Akar lalang yang ditumbuk sehingga hancur dan di tampal pada luka dapat menyembuhkan luka tersebut. Air rebusan akar lalang yang dicampur dengan air (kira-kira satu baldi) dan digunakan untuk bilasan mandi dapat memberi kesegaran pada kita. Akar lalang juga dikatakan dapat meningkatkan tenaga batin dengan mencampurkannya bersama ramuan lain. Bahan campuran tersebut direbus dan diminum.

4 comments:

  1. Salam en daun...rupa2nya dlm semak2 lalang tu ada byk khasiatnya...ya..tak tau pulak akk...selalu org dok tebas n racun je

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa,
    Lalang ni pkk yg org kata 'buat menyemak je..' tp sbnrnya ia ada khasiat dlm perubatan. Ramai yg tak tau ttg ni. Dedaun Alam myingkap rahsia alam..

    ReplyDelete
  3. salam..nak tanya..mcm mn cara yang paling sesuai untuk musnahkan lalang terutamanya di kawasan bandar..-perlukan jawapan untuk tugasan belajar-

    ReplyDelete
  4. Salam, lalang ni mmg tkenal sbg jnis rumput yg plg degil. Nk musnahknnya hnya ada dua kaedah berkesan iaitu gna racun yg khas utk musnahkn lalang dn kaedah yg mesra alam, mencabut pkk lalang bersama2 umbi di dlm tnh. Tnh blh digembur dahulu sblm membuang pkk lalang bsama2 umbinya. Kedah mesra alam hnya sesuai jika kawasan yg tdk terlalu luas.

    ReplyDelete