VIP Dedaun Alam

Friday, August 20, 2010

Nibung

Pokok nibung yang tumbuh secara berumpun.

Nama Botani : Oncosperma Tigillarium
Famili : Arecaceae

Pengenalan

Nibung merupakan tumbuhan jenis palma daripada keluarga arecaceae yang berasal dari di Asia Tenggara. Ia biasanya tumbuh liar di seluruh negara Asia Tenggara. Pokok nibung tumbuh secara berumpun seperti pokok buluh. Serumpun nibung biasanya terdiri diantara 5 hingga 50 batang pokok. Ketinggian pokok nibung mencapai sehingga 30 meter. Batang pokok nibung biasanya lurus, mempunyai duri-duri keras dan panjang yang tajam berwarna hitam. Daunnya juga berduri seperti ini. Nibung membiak melalui pecahan rumpun dan biji benih.

Kegunaan

Di Indonesia, pokok nibung dianggap sebagai simbol semangat persatuan dan persaudaraan masyarakat Riau. Batang nibung sangat keras dan tahan lasak terhadap kemasinan air laut. Ia biasanya dijadikan tiang jeti dan kelong. Kayu nibung juga digunakan sebagai paku/pasak untuk menyambung dua bahagian kayu dalam binaan bangunan pada masa dahulu. Kayu nibung yang dibelah digunakan sebagai lantai rumah atau bangsal. Batangnya juga boleh digunakan sebagai saluran air. Daun nibung digunakan untuk membuat atap atap rumah dan anyaman kraftangan. Umbut dan mayang nibung boleh dimakan. Manakala buahnya boleh menggantikan buah pinang untuk penggemar sirih pinang. Batang nibung boleh dibuat tongkat dan kraftangan.

2 comments:

  1. Salam en daun...kayu nibung ni mmg cantik sangat kan..ada jalur2 halus mmg seni sungguh..akk pernah tgk org buat hulu golok..mmg cantik. Kalo dulu2 org buat gelegar rumah kan

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa,
    Kayu ni mempunyai ira yg sgt cantik. Org buat kraftgn gna kayu nibung ni. Dulu2 buat jemboran.

    ReplyDelete