VIP Dedaun Alam

Wednesday, August 25, 2010

Kenanga @ Ylang-ylang

Pokok kenanga yang ditanam dalam pasu dan sentiasa dipangkas untuk memastikan ia tidak membesar dan meninggi. Cara ini juga menggalakkan pembungaan pokok kenanga.

Bunga kenanga yang masih muda.

Nama Botani : Cananga odorata
Famili : Annonaceae

Pengenalan

Pokok kenanga merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik dan Australia. Pokok kenanga tumbuh secara liar di hutan. Ramai yang menyangka pokok kenanga adalah tumbuhan jenis renek tetapi sebenarnya ia merupakan pokok saka dengan ketinggian mencapai 40 meter. Pokok ini berbatang lurus dengan diameter sehingga 1 meter. Daunnya jenis ringkas dan berselang seli. Bunga kenanga keluar dalam bentuk jambak dengan setiap jambak mempunyai 2 hingga 6 kuntum bunga. Ketika muda, bunga kenanga berwarna hijau dan bertukar menjadi kuning setelah matang. Buah kenanga berbentuk bujur berwarna hijau dan bertukar hitam apabila masak. Pokok ini secara semulajadi membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang (kaedah tut). Ada dua jenis kenanga iaitu Cananga odorata macrophylla (kenanga biasa) dan Cananga odorata genuina. Cananga odorata genuina juga dikenali sebagai ylang-ylang. Cananga odorata macrophylla tumbuh dengan cepat iaitu lebih daripada 5 meter dalam setahun dan mampu mencapai ketinggian 12 meter. Pokok kenanga memerlukan pancaran cahaya matahari penuh atau sebahagian.

Kegunaan

Batang pokok kenanga yang lurus dan keras boleh digunakan dalam pembuatan alatan muzik. Biji buah kenanga boleh digunakan untuk merawat sakit perut dan demam panas. Tumbuk biji kenanga sehingga hancur dan gosok pada perut untuk merawat sakit perut dan disapu pada dahi untuk meredakan demam panas. Bunga yang dilumatkan dan ditelan boleh merawat asma. Untuk mengubati masalah penyakit kulit dan bisul, daun kenanga yang dihancurkan ditampal pada bahagian berkenaan. Kulit pokok kenanga yang ditumbuk lumat dipercayai boleh mengubati panyakit kudis. Bunga kenanga menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai ylang-ylang. Ylang-ylang banyak digunakan dalam pembuatan minyak wangi, kosmetik dan aromaterapi. Minyak ylang-ylang digunakan sebagai aromaterapi kerana ia meredakan ketegangan, memberi perasaan riang serta segar dan bersifat sensual.

6 comments:

  1. Salam En Daun..bunga kenaga ni mmg payah nak jumpa la sekarang ni..cuma kat bandar TM je banyak pkk..n belum di tebang lagi..terasa harum semerbak bunga ni

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa,
    Bnga kenanga ni byk org tnm sbg hiasan.Ada jual kat nursery.Kat umah cek pn ada pkk ni.Rasanya pkk yg ditnm sbg phias jln raya di TM tu pkk bnga cempaka.

    ReplyDelete
  3. Salam Adry@Daun
    Bila lihat kenanga saya yg belum juga berbunga, saya ingat pesanan sdra & blogger Pak Idrus supaya dipastikan ia mendapat cahaya matahari yg banyak. Jadi saya condongkan batangnya jauh daripada pokok tempat dia berteduh. Juga saya buang cabang-cabangnya hingga kudung. Diharap, daripada tunas-tunas baru sana sini, akan terpacul nanti beberapa kuntum bunga yg dah lama dinanti-nanti. Mungkinkah bunga memacul?

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu,
    Cikgu kna sbr sikit lg utk tgk pkk kenanga yg cikgu tnm tu bbunga.Kalau msih x bbunga dlm tmph masa lama,rasanya cikgu kna ubah pkk tu ke tmpt lain dn lbh elok ditanam dlm pasu(spt dlm foto).Tnm dlm pasu ni sng nk alih dn buat pmangkasan.Mbaja pn sng sbb pkk tak berebut baja dgn pkk2 lain.

    ReplyDelete
  5. Di mane ada jual bunga kenanga yaa bosku..kalau ada pm saya area klang ws no 01151555437

    ReplyDelete
  6. Di mane ada jual bunga kenanga yaa bosku..kalau ada pm saya area klang ws no 01151555437

    ReplyDelete