VIP Dedaun Alam

Friday, August 13, 2010

Bakawali

Pokok bakawali

Nama Botani : Epiphyllum Oxypetalum (DC) Haw.
Famili : Cactaceae

Pengenalan

Bakawali merupakan tumbuhan daripada keluarga kaktus yang berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Ia banyak ditanam sebagai pokok hiasan di seluruh dunia. Pokok bakawali boleh membesar sehingga ketinggian 2 meter. Ia agak unik kerana dahan dan rantingnya berbentuk leper seakan daun. Batang utama pokok bakawali berbentuk bulat dan keras. Bakawali sebenarnya mepunyai daun tetapi bersaiz kecil dan hampir tidak kelihatan. Ia boleh dibiakkan melalui keratan batang. Pokok bakawali mengeluarkan bunga yang berkembang pada waktu malam.


Kegunaan

Ramai yang mengaitkan pokok dan bunga bakawali dengan misteri tetapi sebenarnya bunga bakawali ini boleh dimakan.. Ia dijadikan bahan masakan jika dicampurkan bersama bahan-bahan lain. Batang dan ranting pokok bakawali yang dilumatkan dan ditampal pada bahagian berkenaan dipercayai dapat merawat bengkak, luka kecil dan bisul. Manakala air rebusannya pula boleh digunakan untuk merawat demam panas, lebam dan kecederaan ringan. Bunga bakawali yang direbus dan diminum dapat merawat batuk berdarah, pendarahan dalam rahim dan radang tekak.

6 comments:

  1. adry, sy berminat dgn pokok bunga bakawali ni..bleh tak sy mohon utk mendapatkan keratan daunnya?

    ReplyDelete
  2. Erimies, pkk bakawali dlm foto ni saya ambil gmbr di Taman Herba. Pkk bakawali ada dijual di nursery pokok hiasan.

    ReplyDelete
  3. owh ye ke..ingat adry pnye..kebanyakkkan nursery mmg xde pokok ni..nama bakawali pon dioang xtau..kang sebut nama saintifik lagi la xtau..hehe..ok, xpe bang..thx utk info :)

    ReplyDelete
  4. erimies..saya ada banyak..duduk mana?

    ReplyDelete
  5. Anymous-awk ada byk ke pokok bakawali ni..sy nk beli anak dia blh tak..?please..mSj sy 0139894573(shaiful).

    ReplyDelete
  6. Bunganya cantik dan banyak nectar..lebah kelulutcsuka sangat..

    ReplyDelete