VIP Dedaun Alam

Thursday, August 12, 2010

Temu Lawak

Pokok temu lawak ini ditanam oleh bonda penulis.


Nama Botani : Curcuma xanthorhiza Roxb
Famili : Zingeberaceae

Pengenalan

Temu lawak merupakan tumbuhan tahunan yang hidup secara berumpun. Setiap pokok biasanya mempunyai 2-9 helai daun. Ketinggian pokok boleh mencapai 2.5 meter. Pokok temu lawak berbunga sepanjang masa, bunganya berwarna putih atau kuning tua dan pangkal bunga berwarna ungu. Rizom temulawak berwarna kuning tua dan ia mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.

Kegunaan

Di kepulauan Jawa pokok temu lawak ini sangat terkenal dalam perubatan tradsional terutamanya jamu. Temu lawak biasanya dimakan mentah atau direbus bersama herba lain untuk mendapatkan khasiatnya. Temu lawak berkhasiat untuk mencegah dan mengatasi hepatitis, penyakit hati, membantu pencernaan, gangguan ginjal, menurunkan paras kolesterol dalam darah, anemia/kurang darah, melancarkan peredaran darah, malaria, demam, demam campak, reumatik, sakit pinggang, melancarkan perjalanan haid, keputihan, sembelit, menambah selera makan, batuk, asma, radang saluran nafas, radang kulit, jerawat, bintik hitam, meningkatkan stamina, batu karang, melambatkan proses penuaan dan menjaga bentuk badan agar sentiasa mantap dan ramping.

7 comments:

  1. kak guna daun ni utk bertungku masa beranak dan buat mandi..tentang nyamuk tu mmg betol byk hari2 kak sapu selepas spry kak kaup mmg ribu2.. sbb kami dok di kawasan yg berumput semak tidak laa tapi pkok2 byk..pula tu akak terpencil disitu maklumla banglo kuaters lama zaman inggeris dulu2.. kalu pernah p pd tepi batu 4 tu jer..kami semua naik takut tgok nyamuk dan bunyi dia..la ni di KL kondo tkgt 6 mana ada nyamuk selamat...salam ramadan...

    ReplyDelete
  2. :armouris
    Trma ksh kongsi info kshtn kat sini.

    ReplyDelete
  3. :ilahjy
    Akk gna daun temulawak utk btungku dn mandi selepas bsalin ye. Biasa org gna daun mengkudu atau daun kantan utk bkgus tungku.Yg ni kira lbh tradisional kn. Banglo akk duk tu mcm misteri je..hehe..

    ReplyDelete
  4. biasa guna krim temulawak jerk [moden]...pokok temulawak br kenal...tu pun tgk kat cni...hehehe...

    ReplyDelete
  5. Temulawak kalau dh jd produk kshtn mmg tak nmpk la rupanya mcmana. Pkk temulawak ni sama mcm kunyit tp lbh tinggi drp kita.

    ReplyDelete
  6. Sya kenal temulawak pun lepas duk di kuala langat nih... ;p

    ReplyDelete
  7. Ok la tu Sya knl juga pkk temulawak ni.Pkk temu kunci dan temu paih kenal tak?

    ReplyDelete