VIP Dedaun Alam

Monday, August 9, 2010

Oregano

Pokok oregano

Nama Botani : Origanum Vulgare L.
Famili : Lamiaceae

Pengenalan

Oregano merupakan tumbuhan jenis renek yang berasal dari Mediterannean. Pokok ini sama famili dengan pudina dan ketinggiannya sekitar 1 meter sahaja. Oregano memiliki rasa yang agak unik, didefinisikan sebagai 'pedas' dan ia kaya dengan kandungan anti oksidan. Oregano boleh dibiakkan melalui biji benih, keratan batang dan pecahan anak.

Kegunaan

Bahagian yang paling banyak digunakan adalah daunnya samada dalam bentuk segar atau dikeringkan. Akar dan buahnya juga ada kegunaan terutama dalam perubatan herba. Daun segar oregano boleh dimakan sebagai pembuka selera. Ia juga digunakan dalam pembuatan kebab, perisa, penghias masakan dan perencah makanan. Daun oregano yang dikeringkan banyak digunakan sebagai perisa untuk biskut, lauk (daging dan ikan), salad, sup dan teh. Minyak daripada daun dan buahnya digunakan sebagai perisa untuk jeruk, daging, sos dan sosej. Akarnya boleh dimakan sebagai sayuran.

Daun oregano yang ditumbuk boleh merawat bengkak, lebam, luka kecil, terseliuh dan bisa gigitan serangga. Ia juga boleh ditampal pada payudara untuk menghentikan pengeluaran susu ibu. Estrak oregano didapati mampu untuk menyembuhkan infeksi telinga, meredakan demam, batu karang, memulihkan otot rahim, merangsang dan melancarkan haid, mernagsang pengeluaran susu ibu, merawat darah tinggi dan sakit perut, Daunnya mengandungi antiseptik, expectorant dan antipasmodik. Daunnya yang segar dikunyah untuk menghilangkan bau nafas yang kurang menyenangkan dan boleh menjaga kesihatan kulit.

20 comments:

  1. sedikit tambahan maklumat berdasarkan pengalaman akak
    penghalau nyamuk dlm rumah..
    semasa akak dok di PD tiap ptg nyamuk macam hantu hehe bunyi dia semacam sbb kalu dispry dpt secawan..kat dapo kak.. pas tu akak amek sepasu letak di dapo sejak tu nyamuk tak dak...
    akak takut nak makan daun ni ingtkan beracun ker apa ker..nanti akak try masak..

    ReplyDelete
  2. Salam kak ilah,
    Tak tau pula sy pkk ni ada kegunaan sampingan sbg penghalau nyamuk. Igt kot pkk jeremin je yg blh dgunakan utk halau nyamuk. Mak aii..byknya nyamuk kalo spray dpt secawan tu. Oregano yg biasa ditanam di ada 2 jenis iaitu spt dlm foto dn yg dikenali dgn nama marjoram.

    ReplyDelete
  3. salam,
    ini ke oregano y digunakan oleh orang putih dalam masakn mereka??mcm pelik je daunnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hala.. ni la, saya pun tanam dua pasu. Nak ka?

      Delete
  4. As salam farisal, ni la pkk oregano yg biasa digunakn dlm masakn barat. Daun oregano biasanya dikeringkn dulu sblm dijadikn bhn masakn. Yg ni daun dr pkk hidup. Daun hmpir sama dgn daun pudina.

    ReplyDelete
  5. Memang betul .....daun oregano rempah wajib dlm masakan barat.kalau ada oregano,mesti bergading dgn daun thyme,bay leaf dan daun marjoram

    ReplyDelete
  6. Daun oregano mcm rempah rauts wajib masakan org Barat. Biasanya, daun yg dijadikan bahan masakan dikeringkan dulu.

    ReplyDelete
  7. Sama ke dgn daun selasih??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bru google.. bru tjumpa rupanya nama daun yg sy jumpa.. rasanya kuat.. ada pedas2 sikit cm brangin pudina pun ada.. xpahit sgt.. tpi bau n rasa brempah..

      Delete
  8. Oregano tak sama dgn selasih dan mereka sangat berbeza. Oregano lbh menyerupai pokok pudina. Selasih pula ada banyak jenis dan spesisnya.

    ReplyDelete
  9. Mcmna boleh sy dptkn benih oregano? Tuan ada benih thyme & rosemarry?

    ReplyDelete
  10. Mcmna boleh sy dptkn benih oregano? Tuan ada benih thyme & rosemarry?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biji benih atau anak pokok thyme, rosemary dan oregano ada dijual secara online. Blh google utk cari penjual online.

      Delete
    2. Sy ada jual pokok oregano sila ws sy 0107079200 (azrin)

      Delete
  11. pokok oregano ni mmg ada byk jenis ke

    ReplyDelete
  12. pokok oregano ni mmg ada byk jenis ke

    ReplyDelete
  13. Yg nie bukan org kg guna utk ubat batuk

    ReplyDelete
  14. Salam Adry, Oregano ada bunga? Berapa lama kita tanam pokok tu, baru pokok akan mengeluarkan bunganya?

    ReplyDelete