VIP Dedaun Alam

Thursday, August 19, 2010

Ketapang

Pokok ketapang yang biasa tumbuh liar di tepian pantai berpasir.

Nama Botani : Terminalia Catappa L.
Famili : Combretaceae

Pengenalan

Pokok ketapang berasal dari Asia Tenggara dan biasanya ditemui hidup secara liar di tepi pantai berpasir. Pokok ini juga mampu untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan tanah. Ia ditanam sebagai pokok hiasan kerana silaranya yang cantik dan memberi teduhan yang agak luas. Pokok ketapang boleh mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Daunnya bersaiz lebar, berselang seli dan dahan bertingkat (rujuk foto) mengikut usia pokok. Bunganya sangat kecil dan keluar secara berjambak. Buah ketapang berbentuk bujur dan leper berwarna hijau ketika muda. Apabila masak, buahnya bertukar menjadi kuning atau merah mengikut jenis. Pokok ketapang membiak melalui biji benih yang mampu bertahan dalam jangka masa lama, terapung dan tahan kepada kemasinan air laut. Ia juga boleh dibiakkan melalui keratang batang atau ranting.

Kegunaan

Pokok ketapang banyak ditanam sebagai penghias landskap atau pokok teduhan. Kayunya yang keras digunakan dalam pembuatan perabot, bahan binaan dan bahan bakar. Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya buah ketapang ini boleh dimakan samada kulit luar atau bijinya. Bijinya perlu dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan. Minyak yang terhasil daripada biji buah ketapang ini boleh dijadikan minyak masak.

Daun, kulit pokok, buah dan akar pokok ketapang digunakan dalam proses mewarna dan menghasilkan dakwat hitam. Biji buahnya boleh dimakan untuk melawaskan pembuangan air besar tetapi jika dimakan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan cirit birit. Buah ketapang yang direbus dan diminum dapat merawat demam panas, cirit birit dan asma. Daunnya direbus dan diminum dipercayai dapat menghentikan cirit birit dan batuk berdarah. Daun ketapang dilayur di atas api dan ditampal pada sendi dikatakan boleh merawat reumatik. Kulit pokok dan akar ketapang direbus dan diminum untuk merawat demam panas, cirit birit, disenteri dan pendarahan rahim. Air rebusan tersebut disapu pada bahagian berkenaan untuk mengubati bisul dan mengurangkan sakit puting payudara bagi ibu yang menyusukan bayi.

13 comments:

  1. salam en daun...rupanya byk khasiat pkk ketapang ni ya....depan umah akk tu bukan main besar lagi pkk tu...banyak daun2 berguguran kat laman umah akk..tapi yang sekolah punya, kalo akk punya dh lama akk tebang heheheh

    ReplyDelete
  2. cantik ditanam kat tepi rumah,pastu buat khemah bawah pokok tu...

    ReplyDelete
  3. Salam kak rosa,
    Byk khasiat pkk ketapang yg tidak diketahui oleh ramai org. Dr akr hingga ke biji ada kegunaannya. Daun ketapang tu blh buat bgkus tapai pulut, akk cuba la buat gna daun ketapang tu..he3.. Tak pn akk cba panggang buah dia. Nti blh cite sdp ke tdk rasanya.

    ReplyDelete
  4. :Kamsiah
    Pkk ketapang ni cantik sbb silara pkknya yg lebar tp kalau dh besar sgt tak sesuai kot nk biarkn kat tepi rumah.

    ReplyDelete
  5. salam
    kak nak tanya..pokok ***e mamak ada tak?? kalu ada elok diperkenalkan kalu boleh tukar nama lagi bagus hehe maafkan akak.... lama akak tak jumpa buah tu.. kalu nak makan kena ketuk kat batu baru pecah kulit dia. rasa dia macam asam katok...tau dak mcm mana pokok dan buah tu?? kalu dpt tukar nama lagi baik kan? tak la malu kita nak sebut..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam kak ilah,
    Hehe..buah k*** mamak tu sy tau tp tak tau ada ke tdk kat sini. Buah tu sama je bentuk dgn buah gemunggai kn. Nti sy cba usaha cari kat mana ada org tnm pkk tu. Nama botani pkk tu, samanea saman.

    ReplyDelete
  7. ada sesiapa taw x diameter pokok ketapang

    ReplyDelete
  8. ada sesiapa taw x diameter pokok ketapang

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. nak beli Daun Ketapang / Catappa kering (poslaju malaysia) sila SMS/whatapps +60175522128.

    ReplyDelete
  11. sya mohon izin share gambar dan kegunaan pokok ketapang ni ya..terima kasih

    ReplyDelete
  12. sya mohon izin share gambar dan kegunaan pokok ketapang ni ya..terima kasih

    ReplyDelete