Bentuk pokok dan rizom temu kunciNama Botani : Kaempferia pandurata
Famili : Zingerberaceae
Famili : Zingerberaceae
Pengenalan
Temu kunci atau biasa dipanggil kunci merupakan tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan belukar atau hutan yang tidak terlalu tebal. Ia biasanya tumbuh dikawasan yang agak lembab seperti di dalam kebun getah. Rizomnya yang berbentuk panjang berbau wangi menyebabkan ia juga dijadikan rempah dalam masakan.
Kegunaan
Temu kunci merupakan antara bahan popular yang digunakan sebagai jamu lepas bersalin. Ia mempunyai fungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kecergasan badan. Untuk membuat jamu yang mudah, 500g temu lawak dan 500 g temu kunci ditumbuk atau kisar bersama-sama. airnya kemudiannya diminum segelas setiap hari semasa pantang terutamanya pada minggu pertama kelahiran.

x nmpk cm knci pun...hehe
ReplyDeleteHehe..mmg takdak rupa kunci tp temu ni byk jenis. Ada temu lawak, temu pauh dsb.
ReplyDelete