VIP Dedaun Alam

Thursday, October 15, 2009

Buah Keranji


Inilah rupa buah keranji
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.


Dalam pantun di atas, ada menyebut buah keranji tapi tidak ramai antara kita yang mengenali buah keranji kan. Buah keranji tersebut aku beli di Pasar Besar di negeriku tercinta masa balik cuti hari raya lepas. Harganya pun dah melambung 100%. Mungkin pokok ini dah semakin kurang dalam hutan kita. Apa yang aku tahu(mengikut cerita orang-orang tua), buah keranji diperolehi semasa kerja-kerja membalak/menebang di dalam hutan rimba. Tak tahu pula kalau ada orang tanam pokok ni untuk dikomersialkan.

4 comments:

  1. Yanfie suka makan buah ni...
    time balik kg, x pernah miss utk beli buah keranji ni...

    ReplyDelete
  2. Buah keranji ni jnis buah hutan. Pkk keranji adlh pkk balak, nk dptkn buah keranji kna masuk hutan. Nk beli atau mkn kna tgk musim juga kn. Bkn sllu ada buah ni. Sy pn akn beli buah ni masa blik kg (tu pn jika ada org jual masa tu)

    ReplyDelete
  3. cmmne nk dpt buah ni...sy suka mkn..tp dulu...sng nk dpt..cz m.cik dok sana..skrg da pindah..leh x...sy nk kirim..pd sesape yg sudi...sila email kt sy..mm.strawberry@yahoo.com..thank you

    ReplyDelete
  4. Saya pn pyh nk merasa buah ni sbb skrg dok jauh dr negeri kelahiran. Buah keranji ni rasanya hnya dijual di negeri Pantai Timur dan ianya buah jenis bermusim. Sekali dlm setahun.

    ReplyDelete