Wednesday, October 21, 2009

Teja

Pokok teja

Bentuk daun teja

Nama Botani: Cinnamomum culilawan Bl
Famili: Lauraceae

Pengenalan

Teja merupakan sejenis tumbuhan yang senang didapati di kawasan kampung. Ia biasanya tumbuh liar di kawasan tanah rata. Daun teja bersama daun medang turus yang direbus boleh digunakan sebagai air mandian untuk menghilangkan lenguh badan. Tumbuhan saka ini adalah tumbuhan dari famili yang sama dengan kayu manis dan bentuk fizikal dari bentuk daun dan bunganya juga hampir sama. Keseluruhan bahagian pokok ini terutama kulit batangnya mempunyai aroma yang kuat.Bahan aktif yang terdapat didalamnya ialah minyak volatile.

Kegunaan

Walaupun teja mempunyai banyak khasiat perubatan namun ia jarang digunakan kerana pendedahan yang tidak meluas mengenai khasiatnya. Antara Khasiat teja ialah untuk mengembalikan kecergasan badan dan mengilangkan lenguh-lenguh dengan cara mencampurkan daunnya bersama air suam dan dijadikan air mandian. Ia sesuai digunakan oleh ibu yang baru bersalin.

4 comments:

  1. SALAM.. SAYA MEMPUNYAI 150 EKAR LADANG POKOK TEJA UNTUK DIJUAL JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA 0175769236 TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Ok, blh hubungi en Burhanuddin jika ada pembaca yang berminat utk dptkn pokok teja.

    ReplyDelete
  3. Saya juga mempunyai pokok teja yang berusia lbh kurang 15 tahun tapi tak banyak sangat dalam 40 batang. Sesiapa berminat hubungi saya Azman b. Abd. Manaf 013.3659303

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete