VIP Dedaun Alam

Friday, December 28, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Setelah 12 Hari (Ep. 2 : Sedih)

Pokok bendi singa baka F1 yang ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Buah yang banyak pada bahagian pucuk pokok menyebabkan ia condong dan merunduk ke bumi. Bila bua-buah tak dituai, pokok bendi akan berhenti atau kurang berbuah kerana memberi nutrien dan zat pada buah yang masih ada pada pokok. Buah bendi emas tua di pokok. Dah tak sesuai untuk dimakan kerana keras dan bersabut.

Kacang panjang yang hampir musnah diserang kumbang ladybird dan aphid. Sebelum ni saya akan menyembur dengan semburan organik untuk mengawal serangan serangga. Buah-buah kacang panjang tua dan jadi benih pada pokok.

Buah petola segi tua di pokok. Ada 6 biji buah petola yang dah tak boleh dituai untuk dimakan. Daunnya juga agak teruk diserang oleh cucumber beetle.

12 comments:

  1. salam en adry, setahu saya kalau cucumber beetle tu dah ada, hai lamalah dia betapa kat situ...petola timun ,labu kuning, labu air,semuanyer kegemarannya... kenyanglah

    ReplyDelete
  2. Salam che adry..
    jgn bersedih...dah sampai msnya kot..kena usaha tanam baru lah gamaknya tu

    ReplyDelete
  3. takpe buah dah matang..ada benih baru..boleh semai yang baru..:D

    ReplyDelete
  4. Salam en adry..sabaq byk2 na..nnti semai bru ya bendi dan sayuq2 yg lain tu...barsemangat berkebun dan semangat sayuq tau...:D

    ReplyDelete
  5. @Hidayah Salim
    As salam Hidayah,
    Kalau serangan Cucumber beetle dlm jumlah yg byk, ia blh merosakkan pkk. Saya kawal serangan cucumber beetle dgn semburan organik. Kaedah yg saya gunakan, seek & destroy. Jadi, kerosakan pada daun dpt dikawal walaupun tak sepenuhnya.

    ReplyDelete
  6. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Tak la sedih sgt sbb pkk bendi yg condong tu saya dah pulihkan semula. Lagipun ia dah ada cabang baru yg mula berbuah. saya akan pangkas pkk induk utk benarkan cabang2 baru membesar.

    Pkk kacang pjg juga telah saya pulihkan kerosakannya. Kebun yg semak tu dah saya bersihkan semuanya. Nanti saya update dlm episod akhir.

    ReplyDelete
  7. @nadia rashid
    Buah yg matang kalau kita biarkan kat pokok, pkk tu akan berhenti/kurang mengeluarkan buah. Buah yg baru biasanya tak elok. Saya simpan sebiji saja utk benih, yg lain2 saya terpaksa buang.

    ReplyDelete
  8. @hitomi lavender
    As salam Yana,
    Bendi singa tu masih pjg hayatnya, saya dah pun tegakkan semula pkk yg condong. Rasanya skrg agak mencabar utk bertanam sayur sbb dah masuk musim timur kata org Utara. Cuaca panas kering, pkk nak membesar pun perlukan penjagaan baik, terutama siraman.

    ReplyDelete
  9. Daun berlubang tu kira ok lagi sbb tak teruk sgt. Kelamrin abe dah buat kerja membersih dan memulihkan kebun ni.

    ReplyDelete
  10. Assalam en daun. pokok bendi tu ok je, letak kayu pancang n ikat insyallah ok lagi la kalo panjang umur dia, lagi pula. pas ni boleh tanam yg baru dh.

    ReplyDelete
  11. As salam kak rosa,
    Pkk bendi tu tak pyh letak pancang, luruskan mcm tu je sbb btg bendi jenis lembut. Dah ada bendi yg baru tnm iaitu bendi emas.

    ReplyDelete