VIP Dedaun Alam

Friday, December 21, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 10/12/12


Tuaian pertama peria yang jadi tajuk entri blog sebelum ini. Ianya bukan peria katak tapi disahkan sebagai peria kampung oleh ayah mertua saya yang banyak ilmu dalam pertanian. Katanya, peria jenis ini makin payah nak jumpa sekarang ni. Peria jenis lama sebelum munculnya peria klon baru. Kacang botor juga adalah tuaian pertama.

14 comments:

  1. Salam en adry..oo tu peria kampung..mcm peria katak ya..cuma wrna peria katak lagi hijau kan?ni baru tngok peria kmpung.slalu tengok peria yang besaq tu ja kat pasar..sya ada semai benih peria katak..tp dah lbih seminggu tak tmbuh apa pun.huhu..sedey...

    ReplyDelete
  2. ooo beza ek peria katak dengan peria kampung? rasa tetap sama ke? tgk je pun dah rasa mcm sedapnya buat ulam cecah sambal kelapa.

    ReplyDelete
  3. peria tu sedap wat goreng ngan cili dan telur hancur... nyam nyam..

    ReplyDelete
  4. bendi singa atau bendi emas tu en.adry. Sama panjang dengan kacang botol. (sangat panjang) Kenyang makan bendi.

    Kacang botol tu nampak sedap kalau buat ulam. :)

    ReplyDelete
  5. nampaknya tak beli le sayur kat pasar,....
    tu macam2 ada....

    ReplyDelete
  6. As-salam, Adry
    Segar & ayu belaka tu. Yang mana jadi ulam mentah, yang mana akhirnya masuk belangan?

    ReplyDelete
  7. salam en adry,
    seronok kan dah berhasil ni...peria kampung tu beza ke rasa ngan peria katak...sy suka celor dulu..kemudian grg sekejap dgn sos tiram pecahkan telor...kacang botol sy br berbuah 1 susah betul selepas byk kali bunga keluar

    ReplyDelete
  8. @hitomi lavender
    As salam Yana,
    Mula2 tgk buah peria ni saya ingatkan ianya peria katak tp bentuk dan warna kulitnya berbeza. Peria kampung ni baka peria jenis lama, skrg dh ada klon baru yg besar, pjg dan krg pahit spt yg Yana tgk kat pasar tu.
    Kulit biji benih peria kena pecahkn sedikit kat bhgn mata tunasnya supaya ia mudah bercambah. Kalau tak, ia akan rosak sbb kulitnya terlalu keras.

    ReplyDelete
  9. @AbbotCottage
    Bentuk buah hampir sama tp warna dan rasanya berbeza. Peria tak begitu, peria yg ni agak pahit tp sedap digoreng bersama telur.

    ReplyDelete
  10. @JaSSNaNi
    Peria yg saya petik tu mmg digoreng bersama telur yg dipecahkan. Buh lada besar..nyum..nyum..

    ReplyDelete
  11. @Ibu Qistina
    Bendi yg dlm foto tu bendi singa baka F1, ia sedap dan rangup berbanding bendi emas.

    Kacang botor paling mudah dimakan sbg ulam. Kalau rajin, kita blh buat kerabu.

    ReplyDelete
  12. @zul permatang badak
    Saya tanam jenis sayur yg saya suka. Dah tak kena beli kat pasar utk jenis sayur yg tersenarai dlm kebun kecil.

    ReplyDelete
  13. @Temuk
    As salam cikgu,
    Peria kampung dan bendi tu tu masuk belanga, kacang botor saya makan sbg ulam.

    ReplyDelete
  14. @nadia rashid
    As salam Nadia,
    Rasa peria kg dan peria katak berbeza sbb peria kg lbh pahit tp sdp digoreng bersama telur.

    Kacang botor yg saya tnm ni rajin berbuah biarpun pokoknya satu. Setiap tangkai daun ada dua atau sebiji buah.

    ReplyDelete