VIP Dedaun Alam

Thursday, December 6, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Padi MR219


Padi varieti MR219 ini tidak ditanam dalam kebun kecil saya, ia tumbuh sendiri. Benih padi ini berasal dari tanah yang saya gunakan untuk membina kebun kecil. Setelah tanah diratakan dan menerima hujan, anak-anak padi tumbuh dengan banyak. Yang lain semuanya saya cabut dan tinggalkan sepokok untuk melihat perkembangannya. Dari anak pokok, ia membesar dengan baik walaupun tanpa air dan saya tak pernah membuat siraman. Anak pokok padi MR219 membiak dan menjadi rumpun yang subur. Satu-satunya penjagaan yang saya buat untuk padi ini ialah membuang rumput/rumpai di bahagian pangkal pokok. Apabila sampai tempohnya, ia mula mengeluarkan tangkai. Tangkai ini bukan buah padi dan ianya masih kosong. Yang ada hanya kulit buah padi dan bunganya yang kecil. Padi varieti MR219 dihasilkan untuk tidak membiak dengan banyak kerana ia ditanam secara tabur. Padi yang ditanam secara taburan akan tumbuh rapat, setiap rumpun padi tak akan tumbuh dengan banyak.


Pernah lihat bunga padi? Inilah bunga padi. Kecil dan keluar melalui kulit yang bakal menjadi buah padi. Ketika ini ia masih kosong dan selepas bunganya mekar, kulit padi yang kosong akan terisi dengan susu. Susu dalam istilah petani ialah beras yang dalam bentuk cecair seakan susu. Susu ini akan berukar menjadi buah padi dan diproses menjadi beras, makanan ruji penduduk Malaysia. Tak sabar rasanya nak tengok padi in masak dan menguning. Nak menuai padi pula lepas ni..hehe..

16 comments:

  1. wahhh~ dpt lah merasa nanti mcm mna nak menuai padi. :)

    ReplyDelete
  2. Tak payah ayaq banyak mcm kat sawah tu ya en adry.wah..ni kat rumah ni pun depa duk ambik padi dari tanah yang dibeli tu(mungkin ada sekam padi yang belum terbakar kut)depa tanam.dapatlah daun padi sejengkal..hehe..jadila..

    ReplyDelete
  3. salam che adry...

    nanti bila jadi padi nanti nak tuai ker..buat aper lak...ke nak proses jadi beras hehehe....ayah dulu tanam padi...selalu ikut kesawah jugak..best..tp takut lintah ooooo

    ReplyDelete
  4. @MarnieyZ
    Nanti dpt la saya merasa tuai padi. Kali terakhir tuai padi dlm sawah masa umur 11 thn, tlg datuk dan nenek ketam padi.

    ReplyDelete
  5. Assalam en daun, bestnya tgk pokok beras ni heheh. Dah berkurun tak masuk sawah padi. Rugi pulak tanam sikit pkk padi tu kalo tuai dpt secupak ke sekopi ke best gak tu

    ReplyDelete
  6. @hitomi lavender
    Padi yg tmbuh dlm kebun kecil saya ni mmg takdak ayaq mcm bendang. Saya pn tak penah siram, ia membesar dgn air hujan. Nti depa blh hasilkan varieti padi yg blh ditanam atas tnh tnpa air. Tak sabaq nk tuai padi ni..

    ReplyDelete
  7. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Bila padi ni dh masak, saya nk tuai dn kalau blh nk proses jadi beras. Tumbuk dgn lesung batu blh kot..hehe.. Blh la merasa padi huma. Masa kecik2 dulu biasa dgn bendang padi tp dh lam sgt. Lintah tu main buang gna tgn je. Bkn tau geli masa tu..

    ReplyDelete
  8. @EmbunRosaliza
    Kat sini padi ditanam dua kali setahun. Dah biasa sgt tgk padi. Selalu jumpa pelancong asing yg bergambar kat tepi sawah padi. Kalo akak nk merasa masuk bendang padi mai la sini.. Blh bawa akak pusing2 bendang..hehe..

    Simpan sepokok tu utk pemerhatian dan kajian.

    ReplyDelete
  9. first time tgk padi tak yah sawah bendang yang banyak air.

    ReplyDelete
  10. Padi sebenar blh hidup tanpa air yang banyak asalkan tnh sekitarnya lembab dan tak kering. Yg dlm kebun kecil saya ni tak penah disiram, ia hnya terima air hujan sbg bekalan utk survival.

    ReplyDelete
  11. pokok 'atoh' kata ezi..trgt dolu2 kt umah kita ade tanam.. atau hidup sendiri pokok padi ni...

    ReplyDelete
  12. Masa kecik2, dia tau mkn nasik je. Bila tgk pkk padi, dia kata atoh sbb buah padi mcm antah..hehe..

    Dulu kita tnm dlm tin besar, siap buh air.

    ReplyDelete
  13. Hehe..ada byk kisah magis dlm kebun kecil saya ni.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Ada benih tak tuan? Nak beli sikit tanam dalam pasu? mfrazali@gmail.com

    ReplyDelete