Ini magis yang ketiga berlaku sepanjang saya berkebun dan menanam sayuran. Magis pertama, petola ular jadi petola gamat, yang kedua, kailan menjadi sawi putih. Kali ini, kisah magisnya sama dengan kailan. Bak kata pepatah, jangan menilai buku melalui kulit luarnya dan itulah yang berlaku pada saya. Kuilt luar bungkusan benih terpampang gambar peria yang besar dan panjang tu. Beli sebungkus benih peria yang dibungkus oleh pembekal benih yang terkenal dan menguasai pasaran di Malaysia. Jenama ini dijual di hampir semua pasaraya. Setelah disemai, emapt pokok peria berjaya meneruskan hidup dan membesar dengan sempurna. Selepas mengeluarkan bunga-bunga jantan, pokok peria ini mula mengeluarkan putik dengan bunga betina. Kenapa kecik je putik buah peria ni? Persoalan pertama yang bermain di minda. Biasa la...tu kan putiknya, lepas ni ia jadi besar. Hari demi hari berlalu...dan akhirnya... Lihat kat bawah ni.
Peria katak rupanya. Biji benih yang diletak gambar peria biasa adalah benih peria katak dan dilabel sebagai peria. Pengeluar benih ni ingat peria katak dan peria tu sama ke..? Tapi tak apa, ini juga rezeki untuk saya. Peria katak yang saya tanam berbuah lebat. Tak dapat makan peria goreng bersama telur pun tak kisah la, boleh makan ulam peria katak.
org kata peria katak lbh ranggup...betul ke?
ReplyDeletePeria katak lebh rangup dan tak sepahit peria biasa. Cuma saiznya yg jauh lbh kecil berbanding peria.
ReplyDeleteassalammualaikum Adry,
ReplyDeletemacam2 ada cerita kebun Adry ye, hemm maknanye, Adry kena beli benih dari tuan blog 'tanam sendiri' ajelah.benih edaran tuan iskandar,tanam terus, tak risau apa apa.Apa pun cantiklah peria tu,yg jelas itu bukan peria katak.
Assalam che adry...
ReplyDeletewah magis lagi...heheh.diorang agaknya main bungks jer tak check betul2...takperlah makan peria katak..sy belum pernah rs lagi ..sedap ker...?
peria tu pun sedap campur udang masak lomak cili api
ReplyDeletePahit, tapi peria katak buat ubat kencing manis....betul ke....
ReplyDeleteaish...betulah situkang packing sayur ni kuat 'berangan', anyway peria katak pun sedap jugakan....
ReplyDelete@Puteri Purnama
ReplyDeleteWa'alaikumusallam cikgu,
Ada cerita menarik kat kebun kecil yg blh dikongsi bersama kwn2. En. Iskandar tak jual benih peria biasa, tu yg saya beli kat pasaraya. Yg peliknya, buah peria ni bentuk mcm peria katak tp warna kulit spt peria biasa. Cross breed lagi kot.
@ummuaidan
ReplyDeleteWa'alaikumusallam ummu,
Jadi lagi kisah magis dlm kebun kecil ni. Saya pn tak pasti, ia benar2 biji benih peria kata atau terjadi cross breed antara peria biasa dgn peria katak. Warna buah peria katak lbh gelap tp yg ni warnanya sama dgn peria biasa. Peria katak sedap dimakan sbg ulaman, ptotong dan cicah budu/sambal belacan.
@kasihibu
ReplyDeleteBaru saya tau peria pn blh dimasak lemak cili api. Blh la cuba buat nanti sbb masak lomak cili api antara masakan kegemaran saya.
@zul permatang badak
ReplyDeletePeria katak tak sepahit peria biasa. Saya biasa mkn dan ianya dikatakan baik utk mengawal diabetis.
@Hidayah Salim
ReplyDeleteHehe..mungkin si tukang packing ni berangan masa packing biji benih sbb biji benih kedua2 peria ni sama bentuk fizikalnya.
tukang bungkus benih tu ngantuk kut sampai g bungkus benih peria lain tu yang jadi magic tu. keke......
ReplyDeleteBiji benih dua spesis peria ni hampir sama kot, tu yg salah packing dlm bungkusan gmbr peria biasa. Masa tnm tu, ingat dpt tgk buah peria yg besar2 dn panjang. Semua pkk yg saya tnm berbuah kontot. Sama bentuk dgn peria katak.
ReplyDelete