Sunday, December 30, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Setelah 12 Hari (Ep. 3 : Surprise!)

Sebelum saya bercuti, buah petola ular ini hanya sepanjang kira 0.5 meter(1'6"). Bila balik dari bercuti 12 hari, terkejut bila lihat petola ni hampir mencecah tanah. Panjangnya lebih 1.6 meter. Saya belum ukur untuk dapatkan ukurang panjang yang tepat. saya akan buat entri khas untuk petola ular gergasi ini.

Dalam rumpai yang tinggi dan panjang, terselit buah tembikai kuning. Ianya sangat mengujakan saya kerana sebelum tinggalkan kebun kecil, hanya ada putik yang masih kecil dan bunganya belum mekar masa tu. Bukan sebiji tapi ada empat biji semuanya.

18 comments:

puteri purnama said...

Assalammualaikum Adry,
wah panjangnya petola ular tu.Firsttime nampak macam ni. kongsi lah petuanya.

Adry@Daun said...

Wa'alaikumusallam cikgu,
Petua tu tak ada la cikgu. Baja pn buh sekali masa pkk masih kecil sbb tgk mcm tak subur. Siram pn sekali sekala je. Buah yg keluar ni agak luar biasa panjangnya.

suka suka said...

Salam..wah! Teruja melihatnya..satu kejayaan!

ezzyra said...

pnjangnya..

besar mana dah tembikai 2?seronoknya dpat hsil macam2

Adry@Daun said...

@suka suka
As salam kak mar,
Teruja dan terkejut tgk saiz petola ular yg luar biasa bagi saya.

Adry@Daun said...

@ezzyra
Petola ular tu dh nk sama tinggi dgn abe. Tembikai tu baru sebesar betis. Meh la sini, dpt mkn tembikai kuning segar dari kebun nanti.

EmbunRosaliza said...

Assalam memang sangat luar biasa panjang petola ular tu, leh panggil tv3 atau masuk dlm Malaysia books of record la mcm ni, tersangat la panjangnya. Ada tak buah petola ular ni yg lain, boleh tgk perbezaan dia. Kalo yg biasa2 akk tgk mmg pendek2 je, ni ular luar biasa ni heheh.

Seronok tgk buah tembikai tu, berjaya betul tanaman kat kebun ni ya, mmg jenis sejuk tangan En Daun menanam pkk. Td tunjuk kat abe ngah sayuran kat kebun dedaun alam ni..seronok je tgk hasil2 kebun ni.

Teruskanlah berkongsi cerita dan info ya, akk tetap sokong sdan setia membaca, cuma kekadang tak sempat nak komen je

Ibu Qistina said...

tu dia pak tam......panjang sangat petola ular en.adry. Yang ni ka petola yang en.adry gantung sabut kat bawah?....hehe. Seminggu makan tak habis. boleh kerat lima,sehari sepotong masak. :P

Musim hujan2 ni,tembikai pun seronok main air. :)

ezzyra said...

x dan la nk p sana..mmg ade hajat di hati nk pegi..tgk la nti bila2..hehe

Adry@Daun said...

@EmbunRosaliza
As salam kak rosa,
Buah petola yg sebiji ni je pjg luarbiasa. Yg lain2 ok je. Dh siap masak pn. Kalau blh nk juga senaraikan buah ni dlm MBR tp pyh skt kot.

Tembikai yg tnm tu jenis tembikai kuning sbg percubaan sbb org kata tnh kat sini tak sesuai utk tembikai kuning.

Adry@Daun said...

@Ibu Qistina
Saya pn terkejut masa tgk buah petola ni sbb pjg sgt smpai nak cecah tnh. Buah petola ni sblm saya cuti mmg ikat dgn sabut tp bila blik dr bercuti sabutnya dah terlucut. Buah lain yg saya tuai, sebiji blh masak 2 kali.

Adry@Daun said...

@ezzyra
Nanti bila dh ok semuanya dan free, blh la mai sini.

ezzyra said...

ok..insyaAllah...sem depan la kot..hehe

Adry@Daun said...

Sem dpn tu bila ye? Dah abes kot buah tembikai kuning tu..hehe..

bicara harianku said...

panjangggggggggggggggg nye..haritu bulaaaaaaaaat...wahh kna kongsi rahsia ni

Adry@Daun said...

Petola ular yg saya tnm sebelum ni buah bulat mcm gamat. Yg ni pula pjg luar biasa. Saya tak ada rahsia utk jaga pkk sayuran. Racun serangga dan racun rumpai mmg tak digunakan langsung. Baja buh sekali masa pkk masih kecil.

ayunalisa said...

waaa...teruja tgk hasil kebun.. petola yg panjaaaaannggg.. buah tmbikai tu..klu xde biji..lg besh.. "ayh" kakak n adik ade tnam tembikai merah n kuning kt kebun..hari tu dapat merasa la..comel2 buah nya..rasanya pn manis...

Adry@Daun said...

Petola ular mmg pjg. Sebiji ni yg jadi pjg, yg lain2 normal je. Buah tembikai seedless tu abe tak beli benih sbb nk tnm tembikai ni kena jaga dgn baik. Kalau krg penjagaan, ia tak berbuah atau saiz buahnya kecil.