VIP Dedaun Alam

Monday, December 3, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Petola, Dari Bunga Ke Buah

Bunga jantan petola segi akan keluar lebih awal berbanding bunga betina dan ia mekar pada waktu petang (pukul 6 petang hingga malam). Bunga petola berbau sangat harum.

Putik dan bunga betina petola segi hanya muncul selepas lebih 2 minggu bunga-bunga jantan mekar.
.
Putik dah menjadi buah.

Makin membesar.

Petola segi dah pun sedia untuk dituai. Semua sayuran yang saya tanam dalam kebun kecil bebas racun serangga dan racun rumpai.

23 comments:

  1. en adry..kalau tak guna racun..buah tak kena ganggu..en adry ada tak balut ke apa2 lah cara lain selain racun untuk elak serangga perosak

    pastu sy nak tanya..petola ni kalau color kekuningan sikit...apa yang tak cukup yer...

    ReplyDelete
  2. oh lupa...berapa minggu biasa nya sesuai untuk tuai..yg sy tanam ni kira dah genap 2 bulan dr date semai...sekarang dah 2 minggu lbh berbuah..

    ReplyDelete
  3. Kat kebun kecil saya ni lalat buah tak byk. Kalau saya nampak, mesti kena sembur dgn larutan sabun+minyak masak. Itu saja cara yg saya guna utk cegah serangga perosak. Buah petola blh juga nak bungkus/balut dgn kertas dan ia lbh baik utk buah.

    Yg kuning tu buah atau pokok/daun? Kalau pkk mungkin ia kekurangan nutrien(baja). Nadia blh buh baja organik atau baja kimia(baja hijau) utk pokok.

    ReplyDelete
  4. Tempoh yg plg baik utk petik buah petola ialah kira-kira 2 minggu selepas putik menjadi buah. Ada juga putik yg tak jadi buah. Bila kulit buah petola bertukar kpd warna yg lbh gelap, ia dah makin tua dan tak sesuai utk dituai sbb bersabut dan keras.

    ReplyDelete
  5. ooo guna sabun + minyak masak..sy pun ada guna cara tu..tp tak menjadi..serangga putih2 tu makin banyak..belalang pun byk..besar2..belalang kunyit!

    yg kuning tu buah...nanti sy post gamba nya..sy membaja tinja kambing/ayam setiap minggu..satu sudu kecil

    ReplyDelete
  6. As-salam, ADRY
    Ayu petola-petola Adry kat pokok tu. Yang terpanjang, berapa inci? Ladybird pun suka daun petola? Saya sudah bertahun-tahun tak menanamnya. Manisnya petola segi, bil dimasak lemak atau disayur bening!

    ReplyDelete
  7. salam che adry,
    subur nampaknya petola che adry..sy pun kalau jenis2 tanaman tropika spt bendi, petola, jagung tak letak racun jgk..kecuali utk tanaman berdaun jika terpaksa.

    ReplyDelete
  8. @nadia rashid
    Mungkin larutan yg nadia buat tak berkesan sbb nisbah campuran yg krg tepat. Nadia guna sabun cecair pencuci pinggan yg pekat sebanyak satu sudu teh dan setengah sudu minyak masak utk 500ML air dlm bekas mikro sprayer. Goncang campuran supaya sebati dan menjadi larutan. Spray tepat ke serangga perosak dan ianya berkesan. Nyamuk pn blh mati dgn larutan ni.

    Ada org kata baja tinja kambing tu panas, kalau buh byk sgt pkk jadi tak elok.

    ReplyDelete
  9. @Temuk
    Wa'alaikumusallam cikgu...
    Ayu petola tu sebab cukup zat dan tiada serangan drp lalat buah. Petola yg saya ni tak panjang sangat, lbh kurang 12 inci. Ladybird pn suka makan daun petola segi ni tapi mereka lebih suka makan daun kacang panjang. Daun petola ni jadi santapan cucumber beetle. Daun2 yg rosak dalam foto adalah hasil kerja seni cucumber beetle.

    ReplyDelete
  10. orite noted..terima kasih en adry..tak tau plk tinja kambing panas..nanti try lagi larutan tu..makin berkuasa belalang sekarang ni..ingatkan musim panas je...hujan pun diorg ada

    ReplyDelete
  11. @ummuaidan
    As salam ummu, petola segi sesuai dgn tanah kot. Saya tak buh apa2 jenis baja utk petola segi tapi mereka membesar dgn sihat dn kuat. Setakat ni tiada serangan teruk utk sayuran berdaun yg saya tanam sbb serangga pemakan daun memeilih daun kacang dan petola utk dimakan.

    ReplyDelete
  12. @nadia rashid
    Tinja kambing kalau kita buh byk, daun2 pokok pn blh jadi kerekot/senget benget. Itu yg org kata ianya panas. Kalau ianya tinja lama dan dah terurai, mmg sesuai untuk dijadikan baja organik. Baja terbaik utk tanaman adalah guano.

    ReplyDelete
  13. guano = baja kelawar kan...kat kemaman ni tak jumpa lg org jual..ptt la daun tomato dan daun cili sy krekot..kena kurangkan lah baja kambing ni..thanks for info en adry

    ReplyDelete
  14. salam En. Adry.. banyak info ni saya dapat.. terima kasih atas jawapan utk Nadia, saya pun dapat ilmu baru.. nak tanya kalau daun bertompok putih sebab apa pula ya..

    ReplyDelete
  15. Tinja haiwan biarkan terurai beberapa tahun lamanya....itulebih baik dijadikan media tanaman...betul tak ?.......

    ReplyDelete
  16. @nadia rashid
    Guano tu baja tinja kelawar. Ada org jual kat nurseri/kedai pertanian dlm guni. Kalo nadia rajin blh la gi cari tnya. Baja guano baik utk pkk sbb ianya dh terurai, bebas drp dedahan cahaya matahari dan air.

    ReplyDelete
  17. @suka suka
    As salam kak mar,
    Apa yg saya tahu saya kongsi dgn kwn2 dan pembaca. Daun bertompok putih tu mungkin serangan fungus atau akibat baja kimia.

    ReplyDelete
  18. @zul permatang badak
    Tinja haiwan yg dah terurai lama mmg baik utk tanaman. Sbb tu guano antara baja organik yg terbaik.

    ReplyDelete
  19. cantik buah petola. nak tanya ulat2 kat pkk kari mcm mana nk matikn, getam tul

    ReplyDelete
  20. Petola tu dah selamat ditelan..hehe.. Ulat yg selalu mkn daun kari ialah larva kumbang putih. Bentuk ulat tu pelik sikit kan. Mcm alien. Akak blh cuba semburan organik yg ada dlm komen utk nadia kat ats tu. Akak sembur tepat ke ulat2 tu, diorg akn mati dn daun kari slmt utk dimakan sbb x guna racun.

    ReplyDelete
  21. Tolong bantu saya, selepas butik buah jadi kering wana kuning kenapa,
    S.perumal_s@yahoo.com
    Regarsd

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum...knp putik buah petola sy bertukar kuning dn terus tidak membesar? putiknya banyak yg tumbuh..tp stkt ni, hanya satu yang semakin membesar

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum...knp putik buah petola sy bertukar kuning dn terus tidak membesar? putiknya banyak yg tumbuh..tp stkt ni, hanya satu yang semakin membesar

    ReplyDelete