Thursday, December 13, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Serangga, Kategori 18SX

Sepasang belalang askar yang sedang memperkembangkan zuriat. Lihat daun bendi yang dimakan oleh belalang ini.

Ladybird pemakan daun ini juga dalam perancangan untuk menambah bilangan ahli keluarga. Yang seekor lagi tu berlari-lari ke sana ke mari tanpa arah. Mungkin kecewa kekasih hatinya bermain kayu tiga dengannya.

Ini anak mentadak. Kekchong kata orang Kelantan. Mentadak adalah serangga karnivor dan akan menolong mengurangkan serangga perosak/pemakan daun.

Larva serangga ini tak memakan daun tapi bila dewasa ia akan menghisap cairan daripada dedaunan.

14 comments:

Ibu Qistina said...

hoho...tak sangka pulak gardening blog ada kategori 18sx ya en.adry. Tanpa haiwan2 ni,pasti aman kebun2 saya. :)

Cantik gambar2 yang en.adry ambil,tajam dan jelas.

Hidayah Salim said...

hi hi... sempat en adry shoot yer,isk isk dah kenyang itu ulak kerjanya yer...

Adry@Daun said...

@Ibu Qistina
Gardening blog pn ada juga kategori 18SX ni tp ianya hanya melibatkan serangga..hehe.. Kalau ada belalang dlm kebun, kerosakan yg dibuat oleh mereka agak besar. Habis daun2 pokok jadi lopong.

Foto2 ni semuanya berkapasiti 14MP, tu yg nmpk jelas.

Adry@Daun said...

@Hidayah Salim
Hehe..kebetulan saya bw kamera masuk kebun utk shoot pkk dan hasil dari kebun, ada yg menarik saya ambik gambarnya.

nadia rashid said...

kisah ladybird tu kelakar...:D

Temuk said...

As-salam, Adry

Ada juga perosak yang sambil menyelam minum air.... Perosak begitu mungkin boleh "mengakibatkan kemusnahan besar", hehehe.

Teringat entri Adry mengenai penjualan bijibenih yang tak tepat labelnya. Elok juga dihubungi pengeluarnya. Kita mengharap & menunggu berminggu-minggu, tiba-tiba jenis lain pula yang keluar.

依之汉 said...

Sempat juga ya tangkap gambar '18SX'.

Ada haiwan pemangsa dan mangsa di situ. Harap dapat dikawal dengan cara organik.

suka suka said...

K Mar pun ada foto kumbang oren tu..tapi tak berapa jelas..buat cite hindustan he he

Adry@Daun said...

@nadia rashid
Ladybird yg sekor lagi dok berlari2 atas daun masa saya ambik gmbr tu.

Adry@Daun said...

@Temuk
Wa'alaikumusallam cikgu,
Serangga perosak ni kalau byk sgt jumlahnya mmg akan menyusahkn penanam sayur. Tp belalang dlm gmbr tu saya biarkan ia hidup.

Kes bungkusan biji benih yg tersilap tu mungkin peratusan kecil saja. Cuma kita sbg pembeli rasa sedikit kecewa bila pokok yg diharapkan tumbuh, bila besar lain pula jadinya.

Adry@Daun said...

@I Wong
Gmbr tu mmg kebetualan saya bawa kamera utk ambil gambar pokok dan hasil dalam kebun kecil saya.

Sehingga kini, saya tak pernah menggunakan sebarang jenis racun. Semuanya dikawal secara biologi dan organik.

Adry@Daun said...

@suka suka
Kumbang oren tu cucumber beetle kot. Kak Mar post la dlm blog, blh kita tgk cite hindustan sama2..hehe...

ummuaidan said...

Salam che adry..
bagus gambar2 serangga 18SX nie..clear corak2 mrk... jgn sekodeng lebih2 kan nanti kena gigit sia2 jer...heheh..mentadak hitam baru first time tgk..biasanya yg hijau selalu jumpe..

Adry@Daun said...

Saya tak skodeng lama2, lps snap gmbr tu terus tinggalkn diorang tu. Yg hitam ni anak mentadak yg warna coklat gelap bila dewasa. Spesis yg ni kurang sikit berbanding yg kaler hijau daun tu.