VIP Dedaun Alam

Tuesday, May 29, 2012

Ulaman - Bahagian 4

Pegaga. Ulaman yang paling mudah diperolehi kerana ia tumbuh meliar di  celahan rumput, tepi bangunan(rumah), dalam pasu pokok bunga dan kawasan lapang yang terdedah kepada cahaya matahari. Rasanya sedikit pahit tetapi sangat baik untuk kesihatan kita. Boleh dimakan segar sebagai ulaman, dibuat kerabu dan dikisar menjadi jus sebagai minuman herba. Klik sini untuk info

Ini ulaman paling ngeri saya tengok. Kenapa? Lihatlah duri-duri tajam seperti cangkuk pada pokok ini. Sebenarnya duri tersebut masih lembut dan selamat untuk dimamah dan ditelan. Rasanya sangat pahit namun baik untuk badan. Kenal pokok apa ni? Tak ramai yang pernah lihat pokok ini dan makan pucuknya sebagai  ulam. Inilah pokok caesalpinia crista 

Peria pantai. Celur dan cicah dengan pencicah kegemaran. Ia juga boleh dimasak lemak. Sedap.

Bunga betik jantan. Bunga betik jantan dicelur dan dimakan sebagai ulam atau dijadikan kerabu. Rasanya pahit. Khasiatnya boleh baca di sini.

6 comments:

  1. abah suka makan bunga betik jantan.. hehe

    ReplyDelete
  2. ulaman,.....cuma pucuk terre,rasa pedau2 lemak yg cukup nostalgik bila di cicah budu.......

    ReplyDelete
  3. @MarnieyZ
    Bagus la kalau abah Marniey suka mkn ulaman ni. Bunga betik jantan juga baik utk kshtn. Buat kerabu lagi sdp sbb dh krg sikit tasa pahitnya.

    ReplyDelete
  4. @norliha
    Pucuk gorek dan peria pantai tu mmg pyh sikit nk dpt tp ada di sesetengah ulaman ni dijual.

    ReplyDelete
  5. @zul permatang badak
    Pucuk terre tu mmg saya suka mkn. Skrg musim ia berbuah kat sini, pucuknya dh takdok dlm 2 bln.

    ReplyDelete