VIP Dedaun Alam

Saturday, May 19, 2012

Melur Hutan

Melur hutan yang jarang ditemui. Ia hidup dengan memanjat pokok besar yang berdekatan.

Bunga melur hutan bewarna putih bersih. Baunya harum.

Dedaun Alam kali ini memperkenalkan tumbuhan yang kurang dikenali dan pastinya hanya segelintir di antara kita mengenali tumbuhan ini. Hampir tiada rencana atau info yang ditulis mengenai tumbuhan ini di Malaysia kecuali sebuah karya yang bertajuk Capa Rengat. 

Melur hutan adalah tumbuhan berkayu jenis memanjat seperti melur biasa dan melur susun. Nama botaninya, Jasminum bifarium daripada famili Oleaceae. Pokok melur hutan hidup dengan memanjat pokok besar yang lain. Daunnya berbentuk bujur, kira-kira 10 cm panjang, 5 cm lebar. Bunganya mempunyai sembilan kelopak yang berwarna putih dan berbau wangi. Melur hutan juga dikenali dengan nama star jasmine (melur bintang) dan capa rengat. Buahnya dalam bentuk beri bersaiz kurang daripada 1 cm panjang dan apabila matang ia menjadi hitam kebiruan. Melur hutan ini tumbuh meliar di dalam hutan sehingga ketinggian 1,500 meter dari aras laut. Ia biasanya ditemui di dalam semak sepanjang pantai dan kawasan pasang surut. Melur hutan adalah tumbuhan asli di Asia Tenggara. 

Di Filipina, akar melur hutan direbus digunakan untuk merawat gusi berdarah dans sebagai ubat kumur untuk radang gusi. Air rebusan akar melur hutan juga digunakan untuk ibu lepas bersalin. Akarnya yang direbus dan diminum boleh merawat kepanasan badan. Daunnya yang dilumat dan ditampal pada bahagian kepala berkesan untuk mengurangkan sakit kepala dan pening.

17 comments:

  1. Bau bunga melur hutan hmpir sama dgn spesis melur lain tp baunya lebih lembut dan tipis.

    ReplyDelete
  2. salam encik adry,

    saya ada ternampak satu post berkaitan buluh lemang. saya adalah pelajar tahun akhir yang membuat research tentang buluh lemang. saya ingin minta sedikit bantuan dari pihak encik jika encik ada gambar rebung buluh lemang. Nama encik akan dinyatakan dalam reference thesis saya. email saya mamee_slurppz@yahoo.com.


    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. As salam faziela,
    Foto rebung buluh lemang tiada dlm simpanan stok foto saya. Rebung buluh madu tu ada. Tadi saya dah gi tgk pkk buluh lemang, siap bw kamera tp rebungnya dah meninggi..jadi buluh. Kena tunggu ia kelaur semula.

    ReplyDelete
  4. Yg ni dh ditanam kat area Umah ke masuk ke hutan mencari? :)

    ReplyDelete
  5. Pkk melur hutan ni mmg asal dr hutan tp dah ditanam dkt umah.

    ReplyDelete
  6. wah...mmg spesis rare nih. sekali pandang macam spesis ervatamia tapi kelopaknya lain sikit. of kos lah kan, sebab ini melur hutan. taman awak kat mana? boleh ke saya pegi melawat? :)

    ReplyDelete
  7. Melur hutan mmg spesis rare sbb ia biasanya hidup liar dlm semak tepi pantai. Bunga melur hutan jauh lbh kecil berbanding spesis ervatamia (susun kelapa). Bunga lbh kecil berbanding melur biasa. Saya mana ada taman indah mcm GB... Nti bila ada tmn blh la melawat ye..hehe..

    ReplyDelete
  8. tak mengapa,

    terima kasih encik adry.

    ReplyDelete
  9. Dateline utk thesis tu bila ye? Kalau lmbt lagi, saya blh usahakan utk dptkn foto rebung buluh lemang tu.

    ReplyDelete
  10. Saya dari johor bahru,Ingin beli anak pokok ini dari tuan adry, bagaiman saya boleh dapatkan nya

    ReplyDelete
  11. Saya dari johor bahru,Ingin beli anak pokok ini dari tuan adry, bagaiman saya boleh dapatkan nya

    ReplyDelete
  12. Saya mau beli bunga melati 1000kg setiap minggu untuk hantar ke negara luar Dari malaysia atau indonesia
    yang boleh jual Sila contact
    whtsap 00966550317640
    nama Ahmed

    ReplyDelete
  13. Saya mau beli bunga melati 1000kg setiap minggu untuk hantar ke negara luar Dari malaysia atau indonesia
    yang boleh jual Sila contact
    whtsap 00966550317640
    nama Ahmed

    ReplyDelete
  14. Blkang rumah sya subur pokok melur hutan ni

    ReplyDelete