VIP Dedaun Alam

Sunday, May 27, 2012

LILAC 2012

LILAC atau Langkawi International Laksa Carnival 2012 adalah acara julung kali diadakan di Langkawi. Karnival Laksa Antarabangsa Langkawi ini berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 25 hingga 27 Mei 2012. Karnival dianjurkan oleh LADA(Langkawi Developemet Authority) ini berlangsung di Laman Padi, Pantai Chenang.. Karnival ini bukan hanya menumpukan kepada laksa sahaja tetapi terdapat terdapat pelbagai pameran dan aktiviti lain. Yang paling menarik perhatian, permainan gasing terbang dan pembuatan wau. Kedua-duanya adalah permainan tradisional berasal dari Kelantan. Jom kita nikmati laksa dalam foto ini dulu. Selamat telan air liur....


Laksa Pahang. Bahan asas dan penting untuk kuahnya ialah santan dan ikan kering jenis talang. Saya belum pernah merasa laksa Pahang, apalagi beli sebungkus. Rasa kuahnya memang sedap. Selain laksa, puding diraja dan kasidah Pahang (yang hanya terdapat Pahang)

Ulaman yang dimasukan bersama laksa Pahang.

Gerai Laksa Kelantan dan Laksa Siam

Kuah laksam yang lemak. Kegemaran saya sejak sekian lama. Bonda saya mahir membuat laksam dan kuahnya.

Laksam dan laksa Kelantan. Lakse so.....

Laksa Siam. Kuahnya agak kuning dan rasanya lebih kurang sama dengan kuah laksam tapi agak pedas namun sedappp...! Laksanya bersaiz kecil. Laksa ini dikenali dengan nama laksa mi.

Ulaman untuk laksa Siam.

Laksa Kuala Perlis.  Ada dua jenis kuah dan dua jenis laksa(laksa biasa dan laksa mi). Saya beli kuah yang dimasukkan asam. 

Laksa Penang. Laksa Penang dah biasa sangat makan. Jadi, ambil gambar sahaja..

7 comments:

  1. lakso kelate, hu pekat kuoh tu.........
    terliur ambo weh....
    kueh kasidah bukan semua orang pandai buat,.................

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya...walaupon laksa bukan mknan feveret...tp tgk gmba terliur la plak

    ReplyDelete
  3. @zul permatang badak
    Laksam lbh polpular berbanding laksa di Kelantan. Kuah pekat baru lemak berkrim.. Kena pulak ada daun serai samak, buh sambal jantan...mmg sedap. Kuih kasidah bkn saja pyh nk buat pyh nk jumpa org jual skrg. Entri kuih kasidah akn muncul lps ni.

    ReplyDelete
  4. @ezzyra
    Tak suka laksa, laksam pn ada.. Abe borong semua kecuali laksa Penang sbb dh biasa mkn. Laksa Kuala Perlis yg ori kat mana kedainya?

    ReplyDelete
  5. sedapnyer Laksam kelatan....ouuchh...

    ReplyDelete
  6. @CiK Nik @ keNek :)
    Laksam Kelate mmg sdp sdp. Kena pulak org Kelate yg makan..

    ReplyDelete