Thursday, May 24, 2012

Kunyit Hitam -Terkini

Kunyit hitam asli yang sangat sukar untuk diperolehi. 

Kisah mengenai kunyit hitam pernah saya paparkan dalam entri sebelum ini. Kunyit hitam paling mendapat tempat di kalangan pembaca di blog ini sekarang. Kunyit hitam yang asli ini telah ditanam sejak lama dulu. Kunyit hitam dalam foto ini baru tumbuh daripada proses 'mupuh'. Seperti spesis kunyit lain, ia akan mati untuk tempoh waktu yang agak lama dan tumbuh kembali apabila tiba masanya.

32 comments:

EmbunRosaliza said...

assalam, dh besar kunyit ni ya, jaga elok2 la syg , susah nk dpt

Adry@Daun said...

As salam kak rosa,
Pkk kunyit ni mupuh sblm ni. Risau juga takut ia tak tumbuh semula lps mupuh tu. Tgk2 ia subur dan besar. Anak2 duku palembang(kat blkg pkk kunyit pn dh besar).

zul permatang badak said...

pernah dengar kunyit hitam ni.....sbb dulu ada seseorang memburunya untuk tujuan perubatan,tak taulah buruan beliau berjaya atau tidak.......

bukan senang untuk ketemu spesis mupuh, lagipun jka ditanam dikaw rendah carok air pula.......

dikaw tnggi, kering kontang.....
kunyit subur dinaungi pokok2 pemayung, yg mana cahaya matahari peratusnya rendah......

didik dan kembangkan menjadi jumlah yg banyak agar rantaian kehidupan berlangsung......

anak cucu akan berpeluang mengenalinya......

CT said...

Ohhhh! Inikah pokok kunyit itam...buahnya camna ya pulak...hi2...cian kita nih..

Adry@Daun said...

@zul permatang badak
Saya tnm kunyit hitam ni dh lama. Masa remaja dulu lagi. Lbh 15 thn dh kot. Benih kunyit ni ada org bg dan minta saya tnm. Katanya, pkk ni pyh nk dpt. Saya pn tnm la tumpang pkk bunga dlm pasu. Tak sgka ia bertahan hidup smp skrg. pkk ni ada kat kg, saya ambil sikit bw ke sini. Ada org kata, kunyit hitam hidup di kawasan gunung, tak tau betul ke tak.

Adry@Daun said...

@Ct
Ni la rupa kunyit hitam yg dikatakan mistik tu. Yg ni br tumbuh semula drp mupuh. Daunnya dlm cukup hitam lagi. Buah? Kunyit mana ada buah. Bunga tu mungkin ada. CT nk tnya rizom kot. Rizomnya mmg sama dgn kunyit biasa tp bersaiz lbh kecil dan hitam keseluruhannya.

Temuk said...

As-salam. Unik juga warna pokok kunyit hitam tu. Daunnya boleh jadi benar-benar hitamkah? Agaknya kalau kita tak punyai pulut hitam, boleh kita gunakan kunyit ini untuk merendam pulut biasa supaya jadi hitam, ya? Terima kasih berkongsi gambar.

norliha said...

Ada nampak pokok ini kat kampung,
Ingatkan pokok perhiasan saja.

Melati Qistyna's Mummy said...

X penah tgk, isinya kale itam ke? Utk perubatan je ke kunyit ni...

Lepas mupuh tu, dia Akan tumbuh sendiri ye....

Melati Qistyna's Mummy said...

Err, time kasih atas jwapan pokok kelapa tu... Sambil menyelam, minum air, dh la org tlg tebang, pastu dibayar lak tu, heeee

MarnieyZ said...

rupanya ni pokok kunyit hitam, ada kat tepi rumah.. hehe

Adry@Daun said...

@Temuk
As sala cikgu,
Daun pkk kunyit bukanlah hitam legam tp sekadar gelap seperti daun dlm foto di atas. Yg hitam adalah rizomnya. Rizom tak lbh digunakan sbg bahan masakan. Hanya untuk tujuan perubatan sahaja.

Adry@Daun said...

@Melati Qistyna's Mummy
Rizom kunyit hitam ni warna hitam dan bentuk sama mcm kunyit biasa tp saiznya kecil2 saja. Pkk2 jenis mupuh spt lengkuas, kunyit atau pkk2 dlm famili zingiberaceae akan tumbuh semula dgn sendirinya bila sampai masanya.

Jawapan pkk kelapa tu, mereka beli dgn hrga yg agk tinggi utk sebatang pkk. 5 pkk kelapa dpt dkt setengah ribu ringgit. Umbut diorg tinggal untuk tuan rmh, amek btg kelapa saja. Tuan dpt duit, pkk slmt ditebang, umbut kelapa pn blh mkn..hehe..

Adry@Daun said...

@norliha
Kalau betul kunyit hitam, baik dijaga dgn elok sbb pyh nk dpt. Ada pkk hiasan lain yg sama dgn kunyit hitam tp rizomnya putih dan ia bkn spesis kunyit. Daun je lbh kurang sama.

Adry@Daun said...

@MarnieyZ
Marniey yakin ke pkk tepi umah tu kunyit hitam? Ce cuba cabut tgk rizomnya. Kalo hitam dan bentuk sama mcm kunyit tu mmg kunyit hitam. Kalo rizom putih tu pkk lain. Yg ada btg takde rizom tu pulak pkk drp spesis dracanea.

Mas Yazib said...

hai, saya dari bojonegoro indonesia, bagaimana saya bisa mendapatkan tanaman ini.

Terima kasih
Yazib

Adry@Daun said...

Terima kerana berkunjung ke sini. Pokok kunyit hitam biasanya tidak dijual. Kunyit hitam yang saya tanam ini sebagai koleksi tumbuhan herba.

Mas Yazib said...

Saya juga sebenarnya ingin mengkoleksi tumbuhan tersebut, namun di sini sepertinya susah untuk mendapatkannya. Saya hanya penasaran saja. Kalo di sini kunyit hitam sama temu hitam tetapi membaca berita berita di internet ternyata beda pada umbinya saja.

Oya.. secara fisik daunnya, apakah sama dengan tumbuhan ganyong (saya tidak tau namanya kalo di malaysia sana).

Terima kasih
Yazib

Adry@Daun said...

Di Malaysia pun agak susah untuk dapatkan pokok kunyit hitam. Ia tidak dijual di nurseri pokok. Yang ada dalam koleksi saya ini diberi oleh seseorang sejak lama dulu. Katanya, tanamlah pokok ini sebab ia susah nak dapat. Kunyit hitam dengan temu hitam berlainan spesis. Kunyit hitam ini bersaiz kecil dan ciri-ciri pokok hampir sama dengan kunyit biasa. Pokok ganyong yang dimaksudkan saya kurang pasti apa namanya di sini. Saya cuba cari nama pokok ganyong tersebut.

Anonymous said...

bleh minta anak pokok nya? nak buat sebagai koleksi taman herba saya..

Mas Yazib said...

Ingin tanya lagi nih? Gapapa kan? Apa pohon ini nama latin-nya Kaempferia Parviflora atau Krachai Dam. Bisakan kamu menampikan umbinya (rizom).

Dan kira kira di mana tempat yang kamu rekomendasi (terpercaya) untuk mendapatkan pohon ini di Malaysia.

Maaf meropotkan, terima kasih

salam
Yazib Andriansyah

Adry@Daun said...

@anonymous
Pokok ini tidak dijual. Hanya ditanam sbg koleksi tumbuhan herba yg sukar dicari.

Adry@Daun said...

@Mas Yazib
Kunyit hitam ni spesis curcuma bkn kaempferia. Kaempferia parviflora dikenali dengan nama cekur hitam di Malaysia. Ciri pokok yang sangat berbeda dengan kunyit hitam. Saya juga ada tanam kunyit hitam drp spesis curcuma caesia. Ada dalam blog ini, boleh buat carian info di google search(bahagian atas sebelah kanan blog ini). Kunyit hitam itu mudah diperolehi di sini.

Saya tidak pasti kunyit hitam seperti dalam foto dijual dimana tapi pernah terbaca harganya RM50 untuk satu polibeg.

Mas Yazib said...

Kencur/cekur hitam menurut tulisanmu adalah Kaemferia pulchra. kaempferia parviflora atau krachai dam juga mempunyai umbi ungu kehitaman (wulung).

Ya, saya sudah baca tulisan kamu tentang kunyit, Kunyit Hitam, Kunyit Hitam Asli dan yang ini (Kunyit Hitam -Terkini). Terus terang saya jadi bingung?. Karena semuanya mengklaim kunyit hitam.

Jadi apakah bahasa latinnya untuk tumbuhan yang ada dalam foto itu, yang pasti c. caesia bukan seperti itu (mungkin).

Terima kasih telah berbagi

Yazib

Adry@Daun said...

Kaempferia pulchra dan parviflora merupakan spesis cekur/kencur hitam. Cuma terdapat sedikit perbezaan pada ciri-ciri pokok terutamanya daun.

Kunyit hitam dan kunyit hitam asli juga dalam spesis yang sama. Kedua pokok ini dipanggil dengan nama yang sama kerana rizom/umbi yang kehitaman. Namn begitu kegunaannya berbeza di antara kunyit hitam dan kuniyt hitam asli. Nama latin untuk kuniyt hitam ini saya sendiri kurang pasti kerana tak banyak kajian saintifik yang dibuat mengenainya.

Mas Yazib said...

Sepertinya pohon seperti gambar yang diatas itu masuk dalam Genus Stahlianthus, mungkin yang lebih tepatnya adalah masuk kedalam species Stahlianthus involucratus. Liat saja di google image. Tumbuhan tersebut banyak terdapat di cina selatan dan thailand utara.

Menurut http://www.pacificbulbsociety.org. Sebelum tahun 1991 pohon ini masuk dalam genus kaempferia.

Salam,
Yazib

Adry@Daun said...

Terima kasih untuk tambahan maklumat yang berguna kepada saya. Saya akan cari info dan maklumat mengenai tumbuhan ini seperti yang Mas Yazib sarankan. Terima kasih.

Pn Zila said...

Salam..kedua-dua pokok kunyit hitam tersebut pernah saya miliki.Yang berdaun hijau dengan rizomnya berwarna hitam,saya beli di pameran pertanian..seingat saya ketika tu di jual rm10 satu polibeg..kunyit hitam gambar terkini tu..saya dapat daripada seorang rakan di Penang..rizomnya kecil-kecil sahaja dan taklah macam rizom kunyit sebenar...masa tu saya tak tahu sangat khasiatnya...pokok tu senang mupuh...sekarang ni nak cari lain pula..

Adry@Daun said...

As salam pn zila,
Kunyit hitam yg berdaun lebar tu senang diperolehi dan byk dijual di nurseri. Kunyit hitam asli yg berdaun runcing dan rizom kecil mmg pyh nk dpt. Kunyit hitam ni hayat hidupnya agak singkat iaitu 3 ke 4 bln saja lps tu ia akan mupuh. Bila tiba masanya, ia akan hidup kembali dgn segar dan subur. Proses ini akan berterusan.

MuraiCerang said...

salam,
boleh tak saya nak dapatkan benihnya? Macamana? Tuan blog ni tinggal dimana?

tq.

Adry@Daun said...

As salam,
Kunyit hitam jenis ni mmg pyh nk dpt, saya pn tak pasti samada ada org jual atau tak benihnya. Yg saya tnm ni sbg koleksi saja.

ojirusly said...

saya ada bibit kunyit hitam asli siapa saja berminat bisa menghubungi saya http://www.facebook.com/oji.rusly1?ref=tn_tnmn