VIP Dedaun Alam

Wednesday, May 9, 2012

Ayam Hutan @ Red Junglefowl

Sepasang ayam hutan yang tidak lagi hidup liar dalam hutan tapi dalam kurungan hutan batu.


Ayam hutan adalah daripada genus Gallus dan ia dikenali sebagai  nama Junglefowl. Genus ini milik famili Phasianidae. Spesis lain dalam famili Phasianidae ialah ayam belanda, merak, kuang, dan puyuh. Ayam domestik dipercayai berasal daripada Red Junglefowl dan berkongsi nama saintifiknya, Gallus Gallus. Ayam dewasa bersaiz diantara 43 hingga 76 cm panjang. Bahagian kepala yang mempunyai telinga dengan corak putih dan balung merah. Leher berwarna kekuningan dan bahagian belakang berwarna merah terang. Bahagian bawah badan gelap dan kaki berwarna kelabu. 

Ayam hutan hidup dalam keluarga yang tipikal iaitu terdiri daripada seekor ayam jantan dan beberapa ekor ayam betina. Ayam hutan membiak dalam bulan Januari hingga November. Telur ayam hutan berwarna putih kekuningan dan biasanya ia bertelur diantara 5 hingga 7 biji. Sarang ayam hutan dibina di atas tanah dengan mengais lubang cetek.

Ayam hutan memakan serangga seperti anai-anai, belalang, kelkatu, haiwan inverterbrata, buahan dan bijirin. Ayam hutan termasuk dalam kategori haiwan yang dilindungi. Mereka yang mempunyai pengalaman memburu ayam hutan sering mengaitkan ayam hutan dengan kisah misterinya iaitu mereka ada 'penjaga'nya.

14 comments:

  1. Kalaulah dapat makan ayam hutan, mungkin kita jadi tak mahu makan ayam-ayam lain, apatah lagi ayam bandar yang melambak di pasaraya tu. Betul ke, Adry?

    ReplyDelete
  2. macam ayam tu hidup je lagi kan? sepasang ayam hutan, orang kata ayam hutan ni sedap tp tak pernah makanlah pulak

    ReplyDelete
  3. Fuhh, tegap Dan ensem badannya... Nmpk cm ayam kg jek ek....

    ReplyDelete
  4. @Temuk
    Ramai org pernah mkn daging ayam hutan kata ianya sedap dan lebih sedap berbanding ayam kampung. Saya belum pernah makan daging ayam hutan. lagipun nk mendapatkn ayam hutan ni bukan mudah. Memburu atau menangkapnya dilarang oleh undang2.

    ReplyDelete
  5. @kasihibu
    Ayam hutan mmg hidup lg la Sya.. Org bela mereka dlm kurungan. Saya pn tak penah mkn ayam hutan ni. Kata org, dagingnya sedap.

    ReplyDelete
  6. @Melati Qistyna's Mummy
    Ayam hutan lebih tegap dan hensem berbanding ayam kampung. Ayam hutan dan ayam kampung adalah sedara mara. Nama saintifik pn sama iaitu gallus gallus. Ayam hutan kecil sedikit berbanding ayam kampung dan boleh terbang lbh tinggi dan jauh.

    ReplyDelete
  7. pernah terserempak dalam belukar kecil, ia cepat berlalu pergi....larinya ,kaki seperti tidak memijak tanah.....

    dulu ada baka bertelinga putih tapi pupus oleh penyakit,.....
    sukar menjaga walau pun baka....perangai gemar tidur atas pokok, ....terus diikuti oleh suku sakat....

    ReplyDelete
  8. Ayam hutan hidup dlm hutan rimba, belukar, ladang sawit atau getah dn kwsn berhampiran kg. Bkn saja ia berlari dgn laju tp blh terbang tinggi dan jauh. Pernah lihat masa kecil2 dulu...ia terkejut dn terbang ke atas pkk yg tinggi. Telinga putih tu ciri2 ayam hutan asli. Perangai tidur atas pkk mmg sifat spesis burung ni. Ayam kg kalau reban kena kacau dek musang, mesti lari tidur atas pkk.

    ReplyDelete
  9. Ayam hutan tu hidup la GB. Diorg kena kurung dlm sangkar yg dindingnya dilukis mural bertema alam semulajadi.

    ReplyDelete
  10. pernah jumpa ayam hutan ni banyak kali kat kawasan hutan ngan kelapa sawit... tinggi dan jauh gak dia boleh terbang...

    ReplyDelete
  11. Saya pn biasa lihat ayam hutan terbang tinggi dan jauh. Cuma ia tak blh terbang spt burung.

    ReplyDelete
  12. belakang rumah saya banyak...pagi2 dengar ayam hutan berkokok...ayam hutan betina pun ada bunyi...selalu mengintai2 dr balkoni atau tingkap nmpak si betina bawa anak2nya keluar cari mkn dr belukar, yang jantan pulak selalu nampak terbang tinggi, teringin nak tangkap makan...tapi tak pandai tangkap dan tak pandai sembelih...boleh hantar ke kedai ker kalau dapat tangkap...
    pencinta alam...

    ReplyDelete
  13. Kalau masih ada byk ayam hutan kat blkg rmh, maknanya tak ada pemburuan haram dilakukan. Ayam hutan ni perlukan lesen khas utk memburu atau menangkapnya. Dua kaedah biasa yg digunakn oleh pemburu berlesen atau haram ialah meracik dan menembak. Ayam htuan ni ada org bela bersama ayam kampung tp ia perlu dibela sejak dr kecil lagi. Blh lepas mcm tu je. Tak salah dr segi undang2 kalau ia tak dikurung.

    ReplyDelete