VIP Dedaun Alam

Thursday, April 22, 2010

Bunga Betik Jantan

Bunga betik jantan yang bertangkai panjang dan tidak menghasilkan buah.
Bunga betik jantan dihasilkan daripada pokok betik jantan. Bunganya mempunyai tangkai yang agak panjang. Ia mempunyai nilai tinggi dalam perubatan. Bunga betik jantan ini biasanya dijadikan ulam. Untuk mengurangkan rasa pahitnya, ia dicelur sebelum dimakan sebagai ulaman. Bunga betik jantan juga dipercayai dapat merawat penyakit lemah jantung. Caranya, rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Kemudian minum air rebusan tersebut dua kali sehari (waktu pagi dan malam). Bunga betik jantan yang pahit itu juga mampu membuka selera makan. Ia juga boleh dijadikan kerabu.

1 comment:

  1. salam... tompang tanye kat mana sy boleh dapat bunga betik jantan ni ye. Sy sedang mencarinya.

    ReplyDelete