Bunga badam yang sedang mekar. Bunganya cantik.
Buah badam yang matang
Buah badam yang matang
Badam merupakan salah satu jenis kekacang yang paling berkhasiat. Badam penting untuk kesihatan kerana ia mepunyai pelbagai khasiat. Ia boleh dimakan mentah, dikukus atau dicampur dalam masakan/makanan seperti biskut, kek dan sebagainya. Badam rendah lemak tepu dan mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Hasil kajian yang dijalankan oleh pakar, sesiapa yang mengambil kekacang termasuk badam lima kali seminggu boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 50% dan memberikan kesan kepada kadar kolestrol di dalam darah. 20-25 biji badam mengandungi kalsium lebih kurang 1/4 cawan susu.
Ia baik untuk menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis. Vitamin E dan sebatian fotokimia (alpha-tocopherol) dapat membantu mencegah kanser. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin B dalam telur dan kandungan niasinnya juga melebihi gandum.
Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yamg tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan fosforusnya mengatasi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka. Bagi ibu-ibu mengandung, badam merupakan sumber terbaik asid folik yang diperlukan.
Kandugan nutrisi berdasarkan 100g badam/almond :
- 20 g karbohidrat
- 5 g gula
- 12 g fiber/serat
- 51 g lemak
- 22 g protein
- 0.24 mg Vitamin B1
- 0.8 mg Vitamin B2
- 0.3 mg Vitamin B5
- 0.13 mg Vitamin B6
- 248 mg Kalsium
- 4 mg zat besi
- 275 mg magnesium
- 474 mg fosforus
- 3 mg zink
- 728 mg potasium

KALI PERTAMA TENGOK POKOK BADAM..HEHE...POKOK KACANG PARANG, POKOK VANILA & POKOK GAHARU MACAM MANA YE?
ReplyDeletePkk kacang parang sama dgn kacang biasa tp saiz pkk lbh besar. Pkk vanila jenis memanjat, batang bentuk silinder. Pkk gaharu tu pkk balak.
ReplyDeleteSemasa remaja saya tinggal berhampiran ladang pokok almond (badam)di California. Menurut pak cik yang empunya ladang, tak baik makan badam mentah atau putik sebab kandungan sianida (cyanide) nya tinggi. Badam yang dah masak tak pe, selamat dimakan, dan baik utk masalah batuk, paru2, etc kerana kandungan sianidanya yg rendah. Coklat mengandungi badam baik utk org sakit atau bagi mencegah masalah sedemikian.
ReplyDelete