VIP Dedaun Alam

Saturday, May 29, 2010

Cempedak

Buah cempedak

Cempedak atau nama botaninya, artocarpus champeden merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara. Pokok cempedak mampu mencapai ketinggian sehingga 20m. Pokok cempedak menghasilkan buah secara bermusim. Dalam masa setahun hanya terdapat satu musim utama. Buah cempedak dikenali sebagai 'multiple fruit' memandangkan ia terdiri daripada gugusan banyak bunga betina dalam satu jambak. Buah cempedak mengambil masa 3 ke 4 bulan untuk masak setelah bunganya mekar.

Buah cempedak hampir menyamai ciri buah nangka iaitu kulitnya dipenuhi dengan duri-duri halus yang pendek. Saiz buah cempedak adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan nangka. Buah cempedak boleh dimakan mentah, digoreng atau dijadikan bahan dalam beberapa jenis masakan masyarakat Melayu.


Kandungan zat buah cempedak(100g)

Tenaga=117.0 (sangat tinggi, bahaya untuk pengidap diabetis),
Moisture= 66.7 g ,
Protein= 2.5 g, lemak =0.4 g,
Karbohidrat= 25.8 g,
Serat (Fiber)= 3.4 g,
Debu (ash) =1.2 g,
Kalsium =40.0 mg,
Fosforus= 5.0 mg,
Iron =1.1 mg ,
Sodium =25.0 mg,
Potassium= 246.0 mg,
Karotin= 80 ug,
Vitamin B1 =0.16 mg,
Vitamin B2 =0.15 mg
Niacin =0.5 mg
Asid askorbik(Vitamin C) = 17.7 mg

Amra @ Kedondong

Buah kedondong klon baru
Amra merupakan nama panggilan bagi kedondong di kalangan penduduk kawasan utara semenanjung Malaysia. Kedondong atau nama botaninya, canarium sp. biasanya tumbuh liar di dalam hutan dan ketinggiannya mampu mencapai sehingga 35m. Kedondong tidak mempunyai musim dan berbuah sepanjang tahun. Terdapat klon baru pokok kedondong yang diperkenalkan di Malaysia. Ia lebih cepat mengeluarkan buah dengan saiz yang lebih besar berbanding kedondong hutan serta rasanya tidak terlalu masam seperti kedondong hutan. Buah kedondong biasanya dimakan mentah atau dibuat jeruk.
Buah kedondong dipercayai dapat merawat batuk. Caranya, ambil 2 atau 3 buah kedondong yang matang. Cuci buah kedondong sehingga bersih dan diparut. Perah parutan buah tadi tanpa menambah air. Jus yang terhasil tadi ditambah sedikit garam, minum 3 kali sehari.

Friday, May 28, 2010

Bunga Part II

Kali ini Dedaun Alam mempersembahkan bunga siri kedua. Entri ini khas kepada pembaca yang sukakan keindahan dan kecantikan flora Malaysia.

Bunga ini dikenali dengan nama bunga loceng oleh penduduk Kelantan. Ia bersaiz kecil iaitu 1cm lebar.


Bunga ceri Malaysia. Pokoknya tumbuh meliar di tepi-tepi jalan kawasan kampung dan bandar. Buahnya boleh dimakan.

Bunga alamanda
Bunga ixora atau siantan. Ia dipangil bunga tudung periuk (baca : tudung puyuk) oleh penduduk Kelantan.

Thursday, May 27, 2010

Lat Tut

Inilah rupa lat tut

Lat tut dari jarak dekat
Lat tut? Apa itu lat tut? Namanya agak unik dan pelik. Mungkin juga pembaca tidak pernah mendengar nama lat tut dan tahu mengenainya. Lat tut merupakan sejenis rumpai laut yang dijadikan ulaman di kalangan penduduk Langkawi. Lat tut ini biasanya tumbuh di laut yang agak dalam dan perlu menyelam ke dasar laut untuk memperolehinya. Lat tut seperti dalam foto di atas saya beli di pasar basah dengan harga RM7.00/kg. Lat tut tidak selalu didapati di pasaran kerana ianya bermusim. Rasanya sedikit masin, rangup, lembut dan mempunyai bau seperti air laut kerana ia hidup di dasar laut.

Sunday, May 23, 2010

Sentul Klon

Buah sentul klon yang bersaiz besar
Sentul atau nama botaninya sandori koetjape merupakan tumbuhan daripada famili moraceae. Sentul sebenarnya telah termasuk dalam kategori buah nadir kerana semakin sukar didapati. Sentul seperti yang dalam foto di atas adalah sentul jenis klon. Baka pokok sentul dihasilkan oleh pakar botani dari Thailand untuk menghasilkan buah yang lebih manis dan bersaiz besar. Ciri-ciri pokok sentul klon sama dengan sentul biasa dan berbuah mengikut musim. Diameter setiap biji buah yang matang melebihi 30cm dengan berat diantara 300g sehingga mencecah hampir 1000g setiap biji.

Friday, May 21, 2010

Senja Nan Merah

Foto-foto ini diambil pada hari Ahad lepas(16 May 2010). Lokasi pemandangan indah waktu senja ini ialah di Jeti Kuah.

Mentari hampir terbenam.

Pemandangan indah dilatari dengan feri dan kapal layar.

Indahnya alam ciptaanMu.

Bot kecil melintas sewaktu foto ini diambil. Banjaran Gunung Mat Chinchang menambahkan lagi keindahan alam ini.

Segar Dari Langkawi

Segar dari Langkawi! Entri ini khas untuk kak rosaliza, kak anis dan semua pembaca blog Dedaun Alam. Segar dalam ertikata yang sebenar! Lihat saja foto yang dipaparkan...


Ikan jenahak atau tetanda yang masih belum hilang warna jalur pada badannya.

Hirisan ikan pari (+- 1kg setiap satu=RM10-RM15/kg)

Ikan comel ini (saya lupa namanya) masih bercahaya ekornya. Segar!

Yang ini ikan loban. Bersaiz sederhana(kira-kira 30cm panjang). Ia biasanya dibakar.
Ikan gerepuh atau giant trevally. Cahaya kuning yang terhasil ini bukan kerana kesilapan teknik fotografi tetapi dari badan ikan itu sendiri.

Ikan siakap dan ikan merah
Ini ikan sebelah atau ikan tapak kasut. Sedap digoreng kunyit.
Ikan baji. Bersaiz dari sebesar lengan hingga betis orang dewasa. Ikan jenis ini memang sedap dibakar

Ikan yu, ikan jenahak dan ketam
Ikan parang. Yang kecil di tengah gambar saya lupa namanya.

Ikan alu-alu atau barracuda. Ia juga dikenali dengan nama ikan tenuk. Yang ini bersaiz hampir 2m panjang.

Thursday, May 20, 2010

Bunga Part 1

Untuk entri kali ini, peminat setia, pembaca serta pengunjung blog Dedaun Alam dihidangkan dengan foto bunga. Untuk mengetahui info tentang pokok atau tumbuhan dalam entri ini, sila klik link.
Bunga Nenas batu. Buah nenas batu hanya bersaiz dua jari orang dewasa

Bunga Lantana Camara yang berwarna warni dan cantik

Bunga Misai kucing yang mempunyai 'misai' seakan misai kucing


Bunga Kerkut ini bersaiz kecil iaitu kira-kira 0.5cm

Bunga Dara Singgah yang berbentuk seperti bunga kenanga

Bunga Keladi Liar

Tuesday, May 18, 2010

Lauk Eksotik Pulau Lagenda

Pari tanjung
Pari yang mempunyai muncung seperti itik atau platipus ini dikenali dengan nama pari tanjung di kalangan penduduk Langkawi. Ikan pari tanjung seperti dalam foto di atas bersaiz sederhana iaitu 1m lebar. Pari spesis ini adalah antara yang menjadi pilihan kerana isinya lembut dan sedap. Tidak seperti spesis pari yang lain, pari ini mepunyai isi yang agak tebal. Namun begitu pari tanjung bukan spesis pari yang mudah dijumpai.

Monday, May 17, 2010

Nangka

Buah nangka
Nama Botani : Artocarpus heteropyllus
Famili : Moraceae

Pokok nangka merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia. Keseluruhan pokok nangka mengandungi getah berwarna putih. Ia mampu mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Pokok nangka hidup subur di kawasan rendah yang beriklim tropika dengan taburan hujan tahunan 2540mm. Tanaman ini agak lasak dengan kemarau tetapi jika melebihi 60 hari, ia memerlukan penyiraman atau pengairan/saliran yang baik. Nangka tidak sesuai ditanam di kawasan yang mudah ditenggelami air. Terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokok dari keluarga ini di kawasan tropika.

Nangka mempunyai zat tenaga, air, protein, lemak, karbohidrat, serat, abu, kalsium, fosforus, iron, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin.

Tuesday, May 11, 2010

Menu Istimewa Dari Langkawi

Hati lembu atau ayam? Limpa? Paru-paru?

Untuk entri kali ini, Dedaun Alam lari daripada kebiasaan. Tiada info mengenai pokok atau tumbuhan tetapi satu menu istimewa dari Langkawi. Saya yakin ramai pembaca yang tidak mengenali menu atau lauk yang dipaparkan dalam foto di atas. Mungkin jawapan pembaca lebih kepada hati atau limpa lembu. Lauk mentah yang terpapar di atas adalah hati ikan pari. Ia biasanya diperolehi daripada ikan pari yang bersaiz gergasi (melebihi 1 m lebar). Hati ikan pari agak sukar untuk didapati di pasaran kerana permintaannya tinggi dan ikan pari bersaiz gergasi tidak selalu diperolehi oleh nelayan. Hati pari biasanya digoreng dengan kaedah tertentu kerana teksturnya agak lembut dan mudah hancur. Di Johor, hati pari dimasak dengan kaedah pais(dibungkus menggunakan daun pisang dan dibakar di atas bara api). Hati pari dipercayai boleh merawat penyakit tertentu.

Thursday, May 6, 2010

Zaitun

Pokok zaitun

Pokok zaitun yang ditanam secara ladang dan dipangkas secara berjadual

Pokok zaitun ini berusia lebih satu abad

Bunga zaitun

Buah zaitun


Buah zaitun berwarna ungu gelap dari jenis Kalamata ini berasal dari Greece

Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit.

Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan.
Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

HADITH:-

1.”MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2.”ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.
Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½” ke 1″. Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Minyak zaitun berkualiti tinggi, khasiat zaman berzaman dan berusia melebihi 6000 tahun
•Memberi kesuburan kulit wajah
•Membantu mencegah keracunan
•Membantu penghadaman
•Menyingkir parasit pada usus
•Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur
•Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi
•Mengandungi bahan anti penuaan
•Membantu menguatkan tenaga batin
•Membantu mengatasi kesan melecur
•Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit
•Membantu melegakan athritis dan sciatica
•Membantu menjauhkan kanser usus
-Sumber daripada Sabahdaily

Monday, May 3, 2010

Pokok Ubi Itik

Ramai yang tidak mengenali pokok ubi itik ini.

Pokok ubi itik atau nama botaninya Dioscorea esculenta merupakan tumbuhan jenis menjalar atau memanjat. Daunnya berbentuk hati seperti daun lada hitam/sirih. Batangnya mempunyai duri-duri kecil yang boleh melukakan jika tidak berhati-hati semasa menyentuh pokok ini. Jika pembaca blog ini tidak mengenali ubi itik, klik link di bawah.

ubi itik