VIP Dedaun Alam

Showing posts with label sentul. Show all posts
Showing posts with label sentul. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Sentul Dah Masak

Buah sentul klon yang telah masak. Bandingkan saiz buah sentul klon ini dengan telur ayam tu. Dah boleh agak sebesar mana buah sentul ini kan? Ini mungkin antara buah-buah terakhir dari pokoknya.

Isi buah sentul klon. Ulas bijinya sebesar ulas durian kampung. Jika telan atau tertelan, padahlah jawapannya. Bijinya rasa manis dan sedap dimakan begitu saja...

Ini adalah antara penyebab kenapa ia mungkin ia tidak lagi dibenarkan berbuah dan meneruskan khidmat pada tuannya. Buah buah sentul yang masak luruh dan terbiar begitu saja di bawah pokok dek kerana terlalu lebat dan 'tak ada sapa nak makan'. Alasan inilah yang biasanya mengakibatkan pokok buahan akan termasuk dalam kategori nadir.

Inilah penamat riwayatnya............................

Thursday, May 19, 2011

Sentul

Pokok sentul jenis klon baru yang sedang berputik.

Pokok sentul yang sedang berbuah dengan lebat ini adalah daripada jenis sentul klon. Biasanya sentul akan masak dan boleh dipetik pada awal bulan Jun. Sentul juga tergolong dalam kumpulan buahan nadir di Malaysia.  Kisah dan rupa buah sentul klon yang masak boleh lihat di sini.

Sunday, May 23, 2010

Sentul Klon

Buah sentul klon yang bersaiz besar
Sentul atau nama botaninya sandori koetjape merupakan tumbuhan daripada famili moraceae. Sentul sebenarnya telah termasuk dalam kategori buah nadir kerana semakin sukar didapati. Sentul seperti yang dalam foto di atas adalah sentul jenis klon. Baka pokok sentul dihasilkan oleh pakar botani dari Thailand untuk menghasilkan buah yang lebih manis dan bersaiz besar. Ciri-ciri pokok sentul klon sama dengan sentul biasa dan berbuah mengikut musim. Diameter setiap biji buah yang matang melebihi 30cm dengan berat diantara 300g sehingga mencecah hampir 1000g setiap biji.