VIP Dedaun Alam

Wednesday, February 27, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 27/02/13

Ini hasil pertama cili kulai king yang terpaksa dituai lebih awal daripada sepatutnya. Dua pokok cili kulai king yang berbuah lebat rebah ke tanah setelah dilanda hujan lebat dan angin kencang. Ada buah yang gugur daripada pokok, saya kutip sebab ianya masih elok. Pokok yang rebah dibangunkan semula dan diberi pancang supaya tidak lagi condong dan tergolek atas tanah. Buah cili kulai king baru sepanjang lebih kurang sejengkal (6" @ 15cm). Sekali pandang ia kelihatan seperti cili/lada burung yang besar.

Sebahagian daripada tuaian bendi singa dan bendi emas ini terpaksa dijadikan baja organik kerana buah yang tua di pokok.

28 comments:

  1. Last summer I grew okra, unfortnatelly I had only one fruit so I didn't even have a chance to make some food with okra. I always wanted to taste it.
    That's great that you have a lot of okras in your garden! :)

    ReplyDelete
  2. Cili kulai selalu jugak saya petik sbb lama sgt nk tunggu merah

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum tuan,
    mesti manis kuah kacang bendi ni campur asam keping dan ikan bilis, menu asrama saya dulu2, lauk telur dadar.Lada tu jenis yg pedas ke?

    ReplyDelete
  4. Baru2 mi semai cili, langsung tak naik, agaknya sebab terlampau hujan sampai air bertakung, nak kena semai bawah bumbung agaknya..

    ReplyDelete
  5. Salam che adry..
    kecik jgk kan cili kublai king tuh tu kan..buat jeruk atau letak dlm gulai lemak tuh mesti sedap

    ReplyDelete
  6. Assalam, Adry
    Jenis kecil panjang seperti yang Adry tanam itu mungkinkah sesuai dijadikan cili kering? Baguslah cili Adry mengeluarkan hasil. Yang tak menyeronokkan, pokok cili rajin kerintingkan rambutnya + jatuhkan buahnya sebelum masak.

    ReplyDelete
  7. ada jugak kegunaan bendi tua kan..sy pun petik2 dr pokok dan campak kat tanah jer

    ReplyDelete
  8. salam kenal, adry baru saya perasan bendi banyak jenis ada bendi emas dan bendi singa...seronok tengak tanaman adry semunye subur2

    ReplyDelete
  9. dah lama tak makan bendi. best ada kebun kat rumah.

    ReplyDelete
  10. @Dewberry
    Hi Dewberry,
    In Malaysia, okra can be planted throughout the year. Maybe weather in Poland are not suitable for okra because it needs sunlight.

    What are you doing with that piece of okra? Stored as seeds?

    ReplyDelete
  11. @zamzurina zulkafli
    Cili kulai king ni biasanya dipetik sebelum buahnya masak(merah) dan selalunya dituai ketika masih hijau.

    ReplyDelete
  12. @puteri purnama
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Menu masakan yg tu mmg sinonim dgn bendi ni dan ia plg popular. Cili kulai king memang pedas, bau buahnya sudah cukup utk menggambarkan rasanya.

    ReplyDelete
  13. @mak chaq
    Biji benih cili ni kalau kena gayanya, kita main campak2 pun blh hidup tp ada juga yg payah nak bercambah. Ikut cara yg betul, biji benih cili kena letak di tempat gelap selama 48 jam sebelum dialihkan.

    ReplyDelete
  14. @ummuaidan
    Cili kulai king ni besar sebenarnya tp yg saya tuai ni baru sebesar ibu jari sbb pkknya tumbang. Nak kurangkan berat, saya tuai buah2 yg ada kat pokok. Nak jeruk, kena hiris dulu sbb cili ni besar dan pjg. Letak dalam gulai mmg best. Wife saya tumbuk buat sambal, pedas juga rasanya.

    ReplyDelete
  15. @Temuk
    Pokok cili yg saya tanam ni mmg byk cabarannya sebelum berbuah. Cili kulai king ni sesuai dijadikan cili kering tp kena tunggu buahnya masak dulu.

    Pokok cili yg jatuhkan buahnya sebelum besar dan masak tu disebabkan oleh serangan lalat buah. Cili saya pun ada yg macam tu tp masih ok. Serangan lalat buah payah nk kawal dgn semburan organik, kena guna pelekat/perangkap lalat buah.

    ReplyDelete
  16. @nadia rashid
    Bendi ni kalau biarkan kat pokok, pokok bendi malas nak berbuah, dok bagi zat kat buah yg ada sehingga tua. Kena buang drp pokok. Nak buang terus sayang pula, baik kita buat baja organik/kompos.

    ReplyDelete
  17. @ @na
    Terima kasih singgah kebun saya ni. Bendi ada byk jenis yg ditanam di Malaysia. Varietinya boleh dibezakan melalui bentuk dan saiz buah. Adajuga perbezaan drp bilangan segi buah iaitu lima hingga tujuh segi. Dalam kebun kecil saya ada tiga jenis bendi iaitu bendi singa baka F1 979, bendi emas dan bendi klon Mardi.

    ReplyDelete
  18. @MarnieyZ
    Bendi kan ada org tanam dan jual kat sana, Marniey gi beli atau minta sapa2 beli. Blh masak dan mkn bendi tu. Nak tanam sendiri pun boleh juga.

    ReplyDelete
  19. Cili kulai nampak Kurus tp panjang.seronok tgk hasil menjadi...saya punya pokok cili semua dah kerepot seperti usia dia. Tak la tua mana pun,pokok tu sendiri yg tuakan diri dia....huhu.

    ReplyDelete
  20. Cili kulai king yg betul2 matang besar sikit drp ibu jari org dewasa. Ada jenis cili yg boleh hidup beberapa tahun dan ada yg umur pendek terutama varieti baru.

    ReplyDelete
  21. I am truly grateful to the holder of this site who has shared this wonderful paragraph at here.



    Feel free to visit my homepage tips my golf swing

    ReplyDelete
  22. Having read this I thought it was very informative.
    I appreciate you finding the time and energy to put this
    information together. I once again find myself personally
    spending a significant amount of time both reading and commenting.

    But so what, it was still worthwhile!

    Here is my web-site ... bollinger dumbbells weights

    ReplyDelete
  23. Hey there! This is my 1st comment here so I just wanted
    to give a quick shout out and tell you I truly enjoy reading through your blog posts.
    Can you suggest any other blogs/websites/forums that cover the
    same subjects? Many thanks!

    Also visit my homepage joint pain causes

    ReplyDelete
  24. Thanks for the marvelous posting! I seriously enjoyed reading it, you could be a great author.
    I will make certain to bookmark your blog and will often come back later on.
    I want to encourage you continue your great
    job, have a nice day!

    Feel free to surf to my web blog p90x home fitness programs
    My website: silver fit fitness program

    ReplyDelete
  25. It is rapid to spot environmentally friendly products.
    Use a decanter or glass jar buried in the the soil so the rim of
    the the jar could be at ground even.

    my website :: auto-lokomocja

    ReplyDelete
  26. Pressing live electrical stages can cause fatal shocks or serious burns.
    Spray (recommended) a thick layer gelcoat
    on the actual plug.

    Look into my website: http://Www.Handelibiznes.com.pl

    ReplyDelete
  27. It is perfect time to make some plans for the long run and it's time to be happy. I've
    read this publish and if I may just I wish to recommend you some fascinating issues or tips.
    Perhaps you could write subsequent articles referring to this article.

    I want to learn more issues about it!

    Here is my homepage ozonoterapia

    ReplyDelete
  28. And, one extra plus from planting garlic is that it's edible. Try to utilize natural and buying organic alternatives rather when it comes to common chemical fertilizer.

    Feel free to surf to my blog: 0xf.ch

    ReplyDelete