Tuesday, February 5, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Tanaman Luar Kebun

Anak pokok dokong daripada induk yang dibawa dari Thailand pada awal tahun 1980. Anak pokok ini disemai sendiri oleh saya.

Anak pokok duku palembang. Spesis duku yang kurang dikenali oleh generasi masa kini. Buahnya kecil dan rasanya isinya sangat manis. Disebabkan keunikan buah duku ini, saya tanam 8 pokok semuanya. Anak-anak pokok duku ini dibawa dari kampung dan disemai sendiri oleh saya.

Nangka madu. Nangka yang jadi pilihan sekarang. Ada dua pokok, sepokok lagi masih ada dalam polibeg. Selain nangka, duku dan dokong, belimbing madu juga ditanam. akan menyusul selepas ini, pokok katak puru(nam-nam), mulberi dan lain-lain.

16 comments:

puteri purnama said...

Assalammualaikum Adery,
Anak pokok dokong dan nangka madu tu, bila ditanam berapa lama anggaran ia akan berbuah? Terimakasih. Saya teringin nak tanam jenis pokok buah ni.

nadia rashid said...

banyak tu pokok2 buah..berbuah nanti tak abis makan...sy nak tanya en adry...pokok mempelam..setinggi paras pinggang dah..aritu ada tauke jual ckp kena cantas pucuk..tapi sy lupa bila masa yang sesuai untuk cantas...

suka suka said...

Salam En Adry..K Mar ada semai benih buah longan dan buah dokong.. Belasah je semai.. Hidup pula..masalah nak maintain pertumbuhannya. .letak baja apa ya

zamzurina zulkafli said...

Wahhh...lepas ni blh open dusun ni.

nadz said...

Jangan lupa tanam pokok seralat...

Ibu Qistina said...

yang anak pokok nangka bermadu dan belimbing bermadu tu mmg baka hybrid atau mmg dia genetik manis bermadu punya ?

Adry@Daun said...

@puteri purnama
Wa'alaikumusallam cikgu,
Pokok dokong lambat nak berbuah sbb kebanyakan anak pokok disemai daripada biji benih. Ia berbuah bila berusia 5 tahun ke atas. Nangka madu jenis klon dan ia cepat berbuah, ada yg berbuah dalam tempoh 2 tahun selepas ditanam(bergantung kpd tanah dan penjagaan).

Adry@Daun said...

@nadia rashid
Saya kan suka pkk sbb tu tanam byk pkk buahan yg saya suka. Tak abis mkn blh bagi kat sedara mara atau kawan2.

Pokok mempelam blh dipangkas(bukan cantas tau) bila dah capai ketinggian 1 meter atau setahun selepas ia ditanam). Pokok mempelam kena buat pemangkasan berjadual. Pangkasan pertama dibuat pada bhgn tengah(pucuk) utk menggalakan ia bercabang dan rendang.

Adry@Daun said...

@suka suka
As salam kak mar,
Pokok dokong tu mmg sesuai jika kita semia guna bji benih tp longan ni kalau kita tanam guna biji benih, ia akan lambat berbuah atau langsung tak berbuah. Biasanya utk pembesaran, gunakan baja urea dan baja sebatian. Baja organik juga bagus utk anak2 pkk.

Adry@Daun said...

@zamzurina zulkafi
Nanti blh dah berbuah, dtg la umah saya. Kita pakat mkn buah2 yg mana ada..

Adry@Daun said...

@nadz
Pokok seralat payah nak jumpa skrg. Saya pn tak tau nak dptkan biji benihnya kat mana. Pokok yg ada dlm entri blog ni, tuan dia dah tebang.

Adry@Daun said...

@Ibu Qistina
Biasanya pkk buahan yg ada nama madu ni jenis klon. Pakar2 botani kacuk klon/baka utk hasilkan varieti baru yg lbh baik. Nangka madu klon Mastura tu hasil kacukan dua klon nangka yg lain.

nadia rashid said...

okey terima kasih..dipangkas noted!..lambat lagi lah setahun..bln 7 thn ni...akan dipangkas..:D

Adry@Daun said...

Dipangkas atau org putih kata pruning. Potong btg bhgn tgh setinggi 1 meter dr tanah supaya pkk mangga keluar cabang dan tak naik tinggi macam pkk balak..hehe.. Nadia selalu tgk pkk mangga yg org tanam dlm ladang besar kan? Kena buat mcm tu, baru pkk rajin berbuah. Baja jangan lupa ye. Penting semasa pkk nak membesar ni.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
IRAKI said...

en adry kalau nak semai benih seperti duku,langsat atau dokong semai dr biji buah tersebut ke?