Sunday, February 17, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun(Tembikai Kuning)

Ini buah pertama tembikai kuning yang dituai dari kebun kecil saya. Hanya sebiji yang membesar dengan baik, tiga biji yang lain dimakan oleh semut dari bahagian bawah buah. Bila tengok dari atas, buah-buah tersebut nampak elok. Bila kita angkat, bahagian yang tersentuh tanah telah lopong dimakan semut. Buah yang ini saya lapik dengan plastik dan ia terselamat daripada serangan sang semut.

Kata petani yang mengusahakan ladang tembikai merah, tembikai kuning tak sesuai dengan tanah di sini. Saya tanam pokok tembikai ini sebagai percubaan dan untuk pemerhatian. Biarpun buahnya bersaiz agak kecil, isinya tetap kuning dan rasa seperti tembikai kuning. Kira berjaya juga kan.. Puas hati sebab dapat makan tembikai kuning segar dari kebun yang sememangnya bebas daripada sebarang jenis racun.

24 comments:

Dewberry said...

You've made my mouth water! :) I love watermelons! Greetings!

kasihibu said...

Sedap tu tembikai kuning
manis sya pernah cuba tanam tembikai tapi tak menjadi pokoknya

lina_pg said...

Agaknya besar mana buah timun ni...Besar sket dari kepala Darwisy tak...kalau musim kemarau mesti manis isinya...

Temuk said...

Assalam
Alhamdulillah, dapat juga merasai hasilnya. Yang kuning, sebenarnya, adakah yang tanpa biji?

Ibu Qistina said...

Besar mana buah tembikai tu en.adry? Ada besar bola mainan budak ka?.

CT said...

sedapnya..kalu tanam dlm pasu boleh tak? kikiki...pastu pokoknya biar menjalar kat tmpt lain...:)

ummuaidan said...

Alhamdulillah ade jugak hasilnya tuh en. adry ..mungkin lepas nie boleh cuba tanam lagi kan..manis ker tak? sy pernah makan tmebikai kuning nie ms kecik2 dulu..pakcik tanam & meniaga tembikai, so beraya tembikai lah selalu...

zamzurina zulkafli said...

Alhamdulillah. Kagum. Memberi inspirasi kpd saya pekebun kecil tanam sendiri

Adry@Daun said...

@Dewberry

hi Dewberry,
You love to eat watermelon like me. In Poland there is a watermelon farm or not?

Adry@Daun said...

@kasihibu
Tembikai kuning yg saya tuai dr kebun kecil ni lbh sedap berbanding yg dibeli di kedai sbb ia lebih segar dan selamat.

Tembikai sebenarnya payah nak jaga sbb ia perlukan siraman, pembajaan dan pemangkasan berjadual.

Adry@Daun said...

@lina_pg
Besar sikit drp kepala anak menakan tu. Tembikai kuning isinya tak semanis tembikai merah biarpun ditanam dlm musim kemarau.

Adry@Daun said...

@Temuk
As salam cikgu,
alhamdulillah, dapat juga merasa buah tembikai segar dari kebun yg ditanam sendiri. Setakat ni, belum ada klon tembikai kuning tanpa biji.

Adry@Daun said...

@Ibu Qistina
Buah tembikai yg saya tuai ni tak sebesar buah yg org tnm kat ladang sbb baja pun saya tak bubuh..hehe.. Saiznya sebesar buah nyoq yg blm kupas je. Kecik2 pun puas hati tau..

Adry@Daun said...

@CT
Nak tanam pokok tembikai dlm pasu tu blh tapi kalau ia berbuah, saiznya mengecil sbb kurang dapat nutrien. Pokok tembikai menyerap nutrien bkn drp akar pada pangkal pokok saja tp juga daripada akar pada bhgn btg yg tersentuh tanah.

Adry@Daun said...

@ummuaidan
Alhamdulillah, dpt la merasa buah tembikai dr kebun kecil ni. Lepas ni nak cuba tanam tembikai merah tanpa biji yg sesuai dgn tanah kat sini. Isi tembikai kuning sebenarnya tak semanis tembikai merah. Rasanya sama saja dgn yg org jual tu. Ada rasa sedikit masam tp lbh rapuh berbanding tembikai merah.

Adry@Daun said...

@zamzurina zulkafli
Walaupun hasilnya tak berapa tp puashati dpt makan buah tembikai yg ditanam sendiri.

Ummu Madihah said...

Salam Adry,

Buat kecur je air liur melihatkan tembikai ni!! Mesti manis sbb bijinya elok matang, bukan yg komersial yg bijinya pun kurang matang, tawar heber!

Adry@Daun said...

As salam mak aji,
Tembikai kuning yg saya tuai ni dah terlebih matang sebenarnya. Isinya manis dan ada sedikit rasa masam. Ada tembikai yg dijual blm cukup matang sbb pekebun tuai sblm sampai tempohnya. Bila kita beli, dapat la tembikai yang tawar heber tu. Biji pun putih lagi kan..

suka suka said...

Salam..ni tembikai hari tu ke? K Mar ada semai benih tembikai dari Diana.. sampai sekarang tak bercambah
.yg seangkatan dgnya spt petola da melilit..

lynnhelite said...

lynn punya x menjadi..sedih, sedih.. bunganya byk tp sumer gugur gara2 ribut petir di Subang ni..

Adry@Daun said...

@suka suka
As salam kak mar,
Ya...buah tembikai yg dlm posting sblm ni. Hanya sebiji yg terselamat, yg lain2 semut mkn dr bwh tnh. Kita tgk ats elok je tp bwhnya dh berlubang..

Biji benih tembikai kena rendam dulu sblm semai. Bungkus dgn kain, letak dlm air, lps tu blh semai.

Adry@Daun said...

@lynnhelite
Mcm pkk jenis menjalar/memanjat yg lain, tembikai juga mengeluarkan bunga2 jantan dulu sblm munculnya putik dn bunga betina. Tak semua putik akan menjadi buah. Tembikai ni hayatnya agak pjg.

EmbunRosaliza said...

Ohhh ini lah hasilnya cantik molek kaler kuning dia, banyak betul n3 tak terikut, hampir sebulan tak dpt buka blog ni. Semoga boleh jadi pengusaha tembikai kunming yg berjaya pulak heheh

Adry@Daun said...

Tembikai kuning tiada cacat celanya tp saiznya lbh kecil drp yg org jual kat pasar/tepi jalan. Bkn buh baja pun, biarkan mcm tu saja. Nak buat kebun tembikai kena ada tanah dua tiga relung baru ok..hehe..